Masjid diconteng : Jangan buka bunyi kuat”

Masjid diconteng : Jangan buka bunyi kuat”

Polis siasat kejadian conteng tembok masjid

IPOH – Polis sedang menyiasat laporan kejadian conteng cat merah pada tembok pagar pintu masuk sebuah masjid di Taman Pengkalan Jaya di sini semalam.



Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, laporan polis itu dibuat seorang pesara berusia 60 tahun yang merupakan ahli jawatankuasa masjid tersebut.

Katanya, semasa tiba di masjid berkenaan pada pukul 5.15 pagi, pengadu mendapati terdapat tulisan berwarna merah yang berbunyi; ‘jangan buka bunyi terlalu kuat’ di tembok pagar masjid berkenaan.

“Ketika kejadian, hanya pengadu dan isterinya sahaja berada di kawasan sekitar. Pengadu memberitahu, setiap pagi dia akan memasang bacaan al-Quran kira-kira 10 minit sebelum mengalunkan azan Subuh,” katanya di sini hari ini.

Yahaya berkata, pengadu memaklumkan tiada individu mahupun kumpulan pernah menyatakan rasa tidak puas hati berkenaan bunyi yang kuat dari masjid.



“Siasatan sedang dijalankan bagi mengesan pelaku terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencemarkan tempat ibadat,” katanya. K Online

Masjid diconteng : Jangan buka bunyi kuat”


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Ustaz Abdul Somad positif Covid-19?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker