Tak boleh selamanya kurung rakyat – Khaled

Tak boleh selamanya kurung rakyat – Khaled

Tak boleh selamanya ‘kurung’ rakyat, Putrajaya perlu ubah strategi, kata Khaled

Putrajaya perlu menilai semula strategi semasa dan keperluan strategi baharu lebih berkesan susulan peningkatan mendadak kes harian Covid-19 yang melepasi 11,000 semalam, kata Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin.



Beliau berkata, pendekatan ketika ini dengan “mengurung” rakyat untuk tempoh lama dan menyekat pergerakan tanpa perancangan jelas, tidak lagi membantu memulihkan ekonomi dan aktiviti sosial, sebaliknya kerajaan perlu bersandarkan kepada sains sebagai asas utama.

“Kita mesti merancang untuk mengembalikan kehidupan dan operasi ekonomi dengan teliti dan berhati-hati. Pendekatan melihat jumlah kes positif harian semata-mata tidak mencukupi.

“Rakyat tidak boleh selama-lamanya dikurung dan disekat tanpa sebarang perancangan jangka panjang yang jelas dan strategik. Benarlah. Jika kita gagal merancang, kita merancang kegagalan,” katanya dalam kenyataan.

Justeru, beliau mencadangkan kerajaan melonggarkan SOP kepada beberapa kelompok penerima vaksin antaranya tempoh kuarantin yang perlu dijalani bagi mereka yang baru pulang dari luar negara.



Katanya, SOP berlainan perlu diberikan kepada mereka yang sudah menerima suntikan satu dos, lengkap dua dos, sedang menunggu suntikan dan yang tidak mendaftar untuk vaksinasi.

“Sudah tentulah setiap satu kelompok ini mempunyai risiko dan tahap kebolehjangkitan dan imunisasi yang berbeza.

“Dalam hal ini kita boleh hadir dengan ketetapan seperti mengenakan syarat kuarantin di rumah kepada mereka yang sudah mempunyai dua dos lengkap apabila pulang dari luar negara berbanding kuarantin 14 hari di pusat khas yang dikenakan secara pukul rata kepada semua kelompok,” kata bekas Menteri Besar Johor itu.

Negara merekodkan jangkitan harian tertinggi semalam apabila mencatatkan 11,079 kes.



Khaled berkata, ia bermakna, dalam tempoh 24 jam lalu purata 7.6 orang disahkan positif Covid-19 bagi setiap minit di negara ini. FMT

Tak boleh selamanya kurung rakyat – Khaled


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Masjid diconteng : Jangan buka bunyi kuat”

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker