Syed Saddiq diarah henti edar makanan – Ayob

Syed Saddiq diarah henti edar makanan – Ayob

Syed Saddiq diarah henti edar makanan di pejabat kerana lakukan 2 kesalahan – Ayob Khan

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diarahkan menghentikan aktiviti pengedaran bakul makanan di pejabat atau pusat khidmat rakyat parlimennya kerana didapati melakukan dua kesalahan.



Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesalahan pertama Ahli Parlimen tersebut ialah kerana beliau tidak mempunyai kebenaran Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah melakukan aktiviti itu di pusat khidmat parlimennya.

“Beliau memang ada membuat permohonan untuk mengedar makanan tetapi hanya permohonan untuk mengedarkannya dari rumah ke rumah, tiada permohonan melakukan aktiviti di pusat khidmat parlimen,” katanya dalam sidang akhbar di Johor Bahru, hari ini.

Katanya, kesalahan keduanya ialah ketika edaran itu dilakukan, berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) apabila terlalu ramai penduduk berkumpul di dalam satu tempat sehingga tiada penjarakan sosial.

Ayob Khan berkata, arahan menghentikan aktiviti tersebut dilakukan oleh penguat kuasa kesihatan daerah dan bukannya oleh pihak polis



Katanya, tiada kompaun dikeluarkan oleh pihak berkuasa kepada Ahli Parlimen tersebut kecuali amaran.

“Semua Ahli-ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dibenarkan menjalankan aktiviti kemasyarakat di kawasan mereka tetapi mereka perlu memohon kebenaran rasmi dan mengikut SOP,” katanya.

Syed Saddiq dalam status media sosialnya menyatakan beliau telah diarahkan tutup pejabat Parlimen Muar mulai esok kerana dikatakan terlalu ramai orang beratur di luar pejabat.

Bekas menteri kabinet Pakatan Harapan (PH) itu berkata beliau bersedia untuk dikompaun kerana perkara tersebut kerana yakin telah mengikut SOP ketika edaran dilakukan.



“Saya tak boleh halang orang susah dan lapar datang minta bantuan. Rakyat Muar tanggungjawab saya.

“Kalau nak kompaun, kompaun saya! Jangan tambah beban rakyat Muar!” katanya lagi.

Dalam status itu juga, Syed Saddiq menyatakan beliau dan pasukannya berusaha mengagih-agihkan bakul makanan kepada 5,000 keluarga di Muar.

“Biasanya ada dalam 150 keluarga yang datang ke pejabat itu setiap hari tetapi sejak dua hari lepas jumlah keluarga yang datang meningkat dengan tinggi,” tambahnya. Utv



Syed Saddiq diarah henti edar makanan – Ayob


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Masjid diconteng : Jangan buka bunyi kuat”



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker