Syarat bantuan khairat kematian akibat Covid-19 Selangor

Syarat bantuan khairat kematian akibat Covid-19 Selangor

Kerajaan Selangor memperuntukan RM1.5 juta menerusi Pakej Kita Selangor 2.0 bagi menyalurkan bantuan khairat kematian akibat COVID-19.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, menerusi peruntukan tersebut, bantuan khairat kematian sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada waris mangsa.

Amirudin dalam kemas kini di laman Facebook hari ini turut memaklumkan, permohonan yang dibuka pada 12 Julai lalu sehingga 12 Ogos ini boleh dibuat menerusi laman web www.selangorprihatin.com.

Beliau menambah, inisiatif itu diharap dapat meringankan beban mereka yang kehilangan orang tersayang.

Selain warganegara, antara syarat permohonan termasuk pemohon (waris terdekat) dan si mati merupakan anak kelahiran Selangor dan menetap atau bermastautin di Selangor melebihi 10 tahun.

Si mati juga telah disahkan meninggal dunia akibat COVID-19 oleh hospital atau klinik kesihatan kerajaan atau pusat perubatan berdaftar dan dinyatakan secara jelas dalam surat kematian.

Syarat lain yang turut dinyatakan ialah si mati meninggal dunia di Selangor pada tahun ini dan ke atas serta terhad kepada satu permohonan bagi satu keluarga sahaja. Awani

Syarat bantuan khairat kematian akibat Covid-19 Selangor


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Masjid diconteng : Jangan buka bunyi kuat”

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker