Iqbal bakal melamar Inspektor Sheila?

Iqbal bakal melamar Inspektor Sheila?

Sebelum ni ada dikongsikan tentang pencarian calon suami oleh seorang pegawai polis iaitu Inspektor Sheila. Perkara itu dikongsi sendiri Sheila di Facebook dan mahukan lelaki bujang tanpa mengira apa sahaja latar belakang.

Terbaru, usahawan yang sebelum ini dikaitkan dengan Datuk Seri Vida iaitu Iqbal Zulkefli memaklumkan dirinya berminat dengan Inspektor Sheila. Iqbal terlebih dahulu dilihat memberikan komen mahukan Sheila untuk menghilangkan rasa sunyi.



Pihak mStar kemudian terus menghubungi Iqbal yang menjelaskan dia benar-benar mahu mencuba nasib untuk menjadi suami kepada Sheila.

Ya, saya sunyi sekarang ini. Memang tiada kekasih untuk ajak keluar bersama. Jadi tak salah kalau mencuba nasib untuk mencari teman hidup.

Sejak nama dia jadi viral, saya juga melihat perkongsiannya di media sosial. Saya jadi tertarik dengannya. Ramai yang bercakap tidak elok tentang dia, itu yang buat saya sedih.

Saya sukakan wanita yang garang. Lagi garang lagilah saya suka. Namun saya juga percaya dia seorang yang manja. – Kata Iqbal.



Amboi Iqbal, boleh tahan juga citarasa awak ya? Apapun, Iqbal juga masih bujang, jadi kita doakan sahaja agar mereka berdua ni ditemukan jodoh yang baik-baik.
Kredit: mStar

Iqbal bakal melamar Inspektor Sheila?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jangan ingat kau ‘power’ sangat – Adlin Aman Ramli

Abby gaduh dengan Norman? (Video)



Tan Sri kenapa terasa – Aliff Syukri

Konvoi ‘supercar’ tular halang lalu lintas disaman polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker