Terbuka Malaysia: Lee Zii Jia ‘bungkus’ dipusingan pertama

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia menegaskan dia tidak akan sesekali mengibarkan ‘bendera putih’ dalam usaha untuk menjadikan dirinya sebagai ‘juara sebenar’.

Perkara itu disuarakan Zii Jia selepas kalah pada pusingan pertama PETRONAS Terbuka Malaysia di tangan pemain China, Lu Guang Zu 21-16, 19-21, 15-21 di Axiata Arena, Bukit Jalil, hari ini.

Kekalahan itu sekali gus menyaksikan badi kekalahannya di pusingan awal Terbuka Malaysia berlanjutan sebanyak empat kali berturut-turut selepas turut mengalami nasib sama pada edisi 2019, 2022 dan 2023.



Bekas juara Seluruh England itu mengakui dia sudah bosan apabila asyik mengalami kekalahan tetapi pada masa sama tidak akan berputus asa bagi meletakkan dirinya sebagai juara.

“Saya pun benci setiap kali keluar daripada perlawanan (kalah) perlu jawab dengan mengatakan akan cuba lagi… ‘comeback stronger’ (bangkit semula), macam sudah bosan, hari-hari cakap perkara yang sama.

“Namun, ada satu dalam diri saya yang mana saya kekal positif dan tidak akan berputus asa. Setiap hari saya tetap tunjuk muka untuk berlatih dan mengikut setiap arahan jurulatih.

“Seperti yang saya selalu katakan, ini adalah sebahagian daripada proses, mungkin sampai saya bersara pun saya tidak dapat cari cara itu. Namun, saya tidak akan berputus asa dan terus bersabar.



“Saya tidak tahu bila mungkin saya boleh berdiri di sini yang saya sudah menang, sudah jadi juara dan saya sangat yakin. Saya harap suatu hari nanti saya boleh berkata demikian, tidak kiralah dalam kejohanan mana sekalipun,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

Zii Jia yang menghuni ranking ke-11 dunia akan mengalihkan fokusnya kepada Terbuka India dari 16 hingga 21 Januari ini dengan dia membuka tirai saingan menentang Bryan Yang dari Kanada.

Sementara itu, beregu lelaki profesional negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin melangkah ke pusingan kedua selepas menewaskan pasangan Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han 21-14, 21-15.

Mereka yang dalam misi memburu tiket ke Sukan Olimpik Paris 2024 bagaimanapun berdepan cabaran getir apabila bertemu pilihan keempat, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark bagi perebutan tempat ke suku akhir, Khamis ini.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing



Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan

Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)



Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker