Bergelut dengan King Cobra

Bergelut dengan King Cobra

SIK: Hampir sejam diperlukan oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sik untuk menangkap seekor ular tedung selar di Kampung Lubuk Tualang, di sini petang semalam.

Pegawai APM Sik, Leftenan (PA) Haisul Aishah Mohd. Napiah berkata, mereka menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira-kira pukul 6 petang sebelum seramai empat orang anggotanya bergegas ke lokasi kejadian.



“Apabila sampai ke lokasi, anggota mendapati ular tedung selar itu yang anggaran beratnya 10 kilogram (kg) dan panjang kira-kira 16 kaki bersembunyi di rasuk tiang titi di kampung tersebut.

“Anggota mengalami kesukaran untuk menangkap ular tedung selar itu, namun dengan kecekapan reptilia berbisa itu berjaya dijerut leher dengan menggunakan peralatan khas sebelum operasi tamat dalam tempoh 49 minit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Hasnul Aishah berkata, faktor cuaca yang panas mendorong ular terbabit keluar dari tempat persembunyiannya dan mencari kawasan lebih redup dan sejuk untuk berteduh di samping senang mendapat makanan.

Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika melakukan aktiviti di luar rumah dan peka dengan keadaan sekeliling.



Orang ramai yang mempunyai sebarang kes kecemasan boleh hubungi APM Sik di talian 04-469 8221. Utusan

Bergelut dengan King Cobra

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jangan ingat kau ‘power’ sangat – Adlin Aman Ramli

Abby gaduh dengan Norman? (Video)



Tan Sri kenapa terasa – Aliff Syukri

Konvoi ‘supercar’ tular halang lalu lintas disaman polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker