90 ribu helai tudung Wawa Zainal habis dijual dalam masa 24 jam

PETALING JAYA – Tidak sampai 24 jam dilancarkan, koleksi tudung terbaharu pelakon dan usahawan terkenal Wawa Zainal iaitu Wawa Scarve habis terjual sebanyak 90,000 helai dengan anggaran pendapatan RM2.5 juta.

Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin berkata, ini adalah bukti sokongan pelanggan setianya selain menyifatkan itu adalah rezeki daripada Allah.

“Alhamdulillah, untuk keluaran kumpulan pertama (first batch) ini habis terjual. Tipu kalau cakap tak meletakkan sasaran dan harapan tinggi, tapi apabila benar-benar terjadi memang bersyukur sangat.



“Pada mulanya buat 20,000 helai, lepas tu 50,000 hingga mencecah 90,000 dan habis terjual. Insya-Allah kita akan keluarkan lagi,” katanya.

Menurut Wawa yang juga isteri kepada pelakon Aeril Zafrel itu, bisnes kecil-kecilan yang diusahakannya itu dapat membantu ekonomi peniaga kecil serta hasil pendapatan boleh disumbangkan kepada golongan memerlukan.

“Saya percaya dalam rezeki kita, pasti ada rezeki orang lain juga. Itu saya cuba tanam dalam diri dan perniagaan ini.

“Kalau kita dapat bantu mereka yang memerlukan, insya-Allah rezeki itu akan sentiasa ada. Sejujurnya, saya seronok melihat ada ramai lagi orang Melayu kita yang mula mencipta kejayaan atas usaha dan kerja keras mereka,” katanya yang baka mengeluarkan keluaran kedua tidak lama lagi.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Kes Najib penganiayaan politik – Armand

Gurauan melampau rakan



Bekas mak nyah insaf selepas mimpi dibakar api

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker