Aliff Syukri ajak duet, Jamal Abdillah letak syarat
Aliff Syukri ajak duet, Jamal Abdillah letak syarat
Raja Pop Datuk Jamal Abdillah sedia menerima pelawaan usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri andai diajak berduet asalkan mengikut syarat yang ditetapkannya.
Kata penyanyi itu, sesiapa yang berhasrat mahu berpadu suara dengannya harus menyanyi sepenuh hati selain tidak sumbang.
“Kita pun tahu dia bukan penyanyi, tetapi dia berkarya sebagai sebahagian daripada promosi bisnes.
“Bagi saya, jika mereka mengajak berduet saya anggap ia sebagai penghormatan dan kita pun dapat mengikuti ‘trend’ semasa untuk terus kekal relevan.
“Mungkin kalau direalisasikan, syarat utama saya adalah dia kena menyanyi dengan serius dan tidak sumbang sebab kita pun akan sakit telinga. Jadi orang tidak menyalahkan saya.
“Tak perlu pun belajar dengan guru vokal. Cuma saya akan turunkan ‘key’ suara biar seimbang dengan usahawan tersebut,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui pada majlis pelancaran produk kosmetik Zarania Beauty di ibu negara petang semalam.
Penyanyi Gadis Melayu itu bersama isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin menjadi rakan kongsi bagi produk kecantikan tersebut.
Sementara itu, ditanya lagi mengenai pelawaan duet yang hangat diperkatakan ramai, akuinya sehingga kini tiada sesiapa menghubunginya untuk berbincang.
“Saya ada dengar mengenai hasrat usahawan itu tetapi tidak tahu sejauh mana dia serius. Sampai sekarang pihak sana masih belum mengusulkan apa-apa,” katanya.
Mengenai pandangannya terhadap trend usahawan merakamkan lagu, kata Jamal, semua pihak perlu berlapang dada memandangkan ia hanya sebahagian daripada strategi
perniagaan.
“Kita tak boleh salahkan dia kalau dia berbuat demikian kerana usahawan harus menggunakan pelbagai kaedah untuk melariskan produk.
“Kita janganlah tengok dia sebagai penyanyi, sebaliknya kita anggap saja dia berkarya demi kelangsungan bisnes.
“Secara peribadi saya rasa sesiapa pun boleh menyanyi dan tiada masalah jika dia menggunakan mekanisma tersebut untuk perniagaan.
“Orang pun boleh menilai sama ada dia menyanyi secara serius atau sekadar mencari publisiti bagi keperluan bisnes yang diusahakannya,” ujarnya.
Terdahulu, Aliff yang dikecam susulan kontroversi muzik video (MV) Baby Sayang menyatakan mahu berduet dengan beberapa penyanyi popular termasuk Jamal.
Selain Jamal, penghibur lain yang berada dalam senarai ialah penyanyi nombor satu negara ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Awie dan Anuar Zain.
Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman mendakwa dirinya penyanyi nombor satu Malaysia kerana lagu-lagunya sentiasa trending setiap kali dimuat naik di YouTube. K Online
Aliff Syukri ajak duet, Jamal Abdillah letak syarat
Baca Artikel Menarik:
- UMNO tahu yang mana lawan dan kawan sebenar
- ‘Setakat ini sahaja’, Najib titip pesanan akhir buat keluarga
- Baru lima hari bebas dari penjara, bekas penjenayah rogol ibu dan anak
- Pemilik kedai kopi terkenal hilang sejak Ahad lalu
- Najib berbeza dengan Anwar, tidak heret rakyat dalam kes mahkamah
- NASA rakam bunyi seram ‘black hole’ [VIDEO]
- Mahkamah: Pengeluaran terbesar daripada akaun Armada, RM1juta
- Tanpa Bossku, BN berdepan masalah besar pada PRU-15
- Sah, deraf penghakiman Najib bocor
- ‘Bossku tidak berakhir ‘, Yana Najib janji bawanya pulang ke pangkuan keluarga
- Kes Najib akan terus diulas, dihakimi rakyat
- Ustaz Kazim Elias dinasihat bertopi, tutup wajah elak kena cahaya matahari
- Bukan Zainab yang tular tapi Zainab lain – Rafizi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Suami Tengku Maimun buat hantaran negatif, bimbang pengaruhi keputusan pertuduhan – Najib
Amelia Henderson Terlalu Seksi, Peminat Doa Ada Lelaki Boleh Bimbingnya
Penyanyi Lelaki Selamba Cium BCL Atas Pentas Dikecam Netizen