Fazura mahu mengandung lagi

WALAUPUN tidak merancang soal cahaya mata, pelakon Nur Fazura, 38, mengakui perlu menambah zuriat memandangkan usianya yang semakin meningkat.

Bersyukur suami yang juga pelakon, Fattah Amin tidak meletakkan tekanan berhubung soal itu, Fazura perlu menyusun jadual hariannya sebaik mungkin.

“Saya memang ada perancangan untuk menambah cahaya mata tetapi jadual kerja begitu padat. Apatah lagi saya juga semakin aktif dalam bidang perniagaan, jadi rutin harian kini semakin sarat dengan pelbagai aktiviti.



“Dalam pada itu, saya memahami usia juga semakin meningkat dan perlu memikirkan soal menambah zuriat. Jadi tidak boleh hendak melengahkan masa dan sebagainya,” katanya.

Fazura berkata, ramai yang bertanya mengenai perancangannya untuk mendapatkan seorang lagi anak sekali gus menambah bilangan ahli keluarganya.

Walaupun sudah mendapatkan semula bentuk badannya, Fazura masih mahu mendapatkan seorang lagi cahaya mata lebih-lebih lagi suami turut mahukannya.

Berkongsi mengenai berat badan ketika hamil, Fazura pernah mencecah sehingga 76 kilogram (kg) ketika mengandungkan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya yang kini berusia setahun lima bulan.



“Ketika hamil, saya mendengar nasihat orang sekeliling yang menyuruh saya makan mengikut nafsu bagi mendapatkan bayi comel dan gebu. Minuman kegemaran pula milo ais tabur, yang boleh dikatakan setiap hari saya minum.

“Selepas bersalin, saya mengambil masa yang lama untuk menurunkan berat badan. Akhirnya kini saya mendapat berat ideal iaitu 54 kg. Tiada jalan pintas, saya perlu menjaga pemakan dan mencuri masa untuk bersenam.

“Pada sebelah pagi, saya minum air kosong bersama lemon manakala tengah hari saya akan ambil hidangan berat seperti nasi dan sebagainya. Kali terakhir saya makan adalah pada jam 6 petang dan sekiranya lapar, saya akan makan buah,” katanya.

Sementara itu, pelakon filem Dendam Pontianak itu mengakui sangat merindui suasana di set penggambaran, namun status sebagai seorang ibu membuatkan dia terpaksa melupakan keinginannya buat sementara waktu.



“Saya selalu ditanya sama ada rindu untuk berada di set penggambaran atau tidak? Jawapannya adalah sentiasa ya.

“Malah, menjadi pelakon ialah minat nombor satu saya, tapi selepas bergelar ibu, hendak meninggalkan anak selama beberapa jam pun rasa berat hati.

“Apatah lagi kini saya mempunyai cabang lain iaitu perniagaan pula. Sekiranya menerima tawaran, saya perlu lebih memilih dengan watak yang diberikan. Biarlah watak itu mempunyai impak dan memberi mesej yang baik,” katanya.

Mengulas mengenai pembabitan dalam bidang perniagaan, Fazura bersyukur dengan rezeki yang Allah SWT melimpah ruah untuk cabang itu.



Memegang moto ‘Harga Mampu Milik’, Fazura turut menggunakan slogan yang sama buat produk keluaran suaminya.

“Saya mahu semua orang boleh pakai. Contoh ke mana saja saya nampak orang pakai tudung dan beg saya. Apabila ada yang memuji kreativiti dan produk keluaran saya, hanya perasaan syukur dan terharu yang mampu diluahkan,” katanya.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker