Jangan terburu-buru buat kesimpulan isu pelarian Palestin – Karim

Jangan terburu-buru buat kesimpulan isu pelarian Palestin – Karim

Seorang Jemaah Menteri Sarawak mengingatkan pihak tertentu tidak mengeluarkan kenyataan yang terburu-buru berhubung penerimaan pelarian Palestin ke Malaysia kerana perkara itu belum diputuskan Putrajaya.

Abdul Karim Rahman Hamzah berkata ada NGO mengatakan tidak mahu menerima pelarian dari negara itu yang kini berdepan konflik susulan serangan Israel walaupun tiada pengumuman rasmi mengenainya lagi.



“NGO ini mereka siapa..tunggulah keputusan dibuat,” kata menteri pelancongan, industri kreatif dan seni persembahan Sarawak itu dalam video di TikTok Borneo Post.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Publisiti dan Penerangan Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak (SAPA) Peter John Jaban yang menyarankan kerajaan tidak menerima kemasukan pelarian dari Palestin.

Abdul Karim turut mengingatkan mana-mana menteri dan orang kenamaan supaya tidak terpengaruh dengan pandangan NGO berkenaan, sebaliknya merujuk protokol sedia ada.

“Mereka (NGO) sebaliknya tidak pernah beri pandangan yang baik terhadap kita…bagi saya tidak perlu beri pandangan pada ketika ini, tunggu perdana menteri (Anwar Ibrahim) dan Kabinet,” katanya yang juga naib presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).



Isnin lalu, Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi menyokong saranan NGO supaya kerajaan tidak menerima kemasukan pelarian dari Palestin.

Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu bagaimanapun menyarankan orang ramai yang berkemampuan menghulurkan sumbangan dalam bentuk kewangan dan bekalan penting kepada mangsa perang.

Malah, beliau turut menyumbangkan sebulan gajinya kepada Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin. FMT

Jangan terburu-buru buat kesimpulan isu pelarian Palestin – Karim



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?



Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy

Suhaimi Saad ditidurkan di ICU



Bogel di surau , pasangan dipenjara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker