JDT belasah PDRM 3-0

 

ISKANDAR PUTERI – Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan mara ke pusingan suku akhir Piala FA selepas menewaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) FC 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), di sini sebentar tadi.

Beraksi di laman sendiri, skuad Harimau Selatan tidak berdepan tugas sukar untuk menjinakkan The Cops apabila berupaya meledak tiga gol dalam tempoh kurang 30 minit pada babak pertama permainan.



Ayam tambatan JDT, Bergson Da Silva memanfaatkan hantaran lintang Arif Aiman dengan menanduk bola menerjah gawang PDRM FC menewaskan penjaga gol, Aqil Abdul Razak yang keluar dari posisinya pada minit ketiga perlawanan.

Jaringan awal itu menyebabkan skuad Sang Saka Biru terus goyah setiap kali pasukan tuan rumah mẹmbuat asakan dan cenderung melakukan kesilapan.

Pasukan bimbingan Esteban Solari dihadiahkan sepakan penalti setelah pemain pertahanan, Norfiqrie Abdul Talib melakukan terjahan keras terhadap Akhyar Rashid.

Peluang itu tidak disia-siakan Bergson untuk menambah jaringan dengan menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-12.



Kealpaan benteng pertahanan mengeluarkan bola dari zon bahaya sekali lagi dihukum JDT setelah Bergson merampas bola itu dan menghantar kepada Akhyar di dalam kotak penalti sebelum dia dikasari Amir Saiful Badeli.

Bergson yang menyerahkan tanggungjawab mengambil sepakan penalti kepada Leandro Velazquez berjaya menghasilkan keputusan sama dengan menyempurnakan sepakan penalti itu pada minit ke-27.

PDRM turut mengintai peluang untuk merobek gawang JDT di SSI namun percubaan menerusi sepakan penjuru gagal disudahkan James Okwuosa setelah tandukannya jauh tersasar pada minit ke-29.

Bersambung babak kedua, The Cops dilihat mampu bertahan dengan baik mengekang kemaraan Harimau Selatan yang terus garang menggandakan asakan mencari tambahan gol.



Perlawanan pusingan kedua Piala FA itu menjadi semakin agresif ketika menuju wisel penamat hingga berlaku insiden pertengkaran yang tercetus pada hujung permainan.

JDT akan berdepan dengan pemenang antara pasukan Kuching City FC atau Penang FC pada pusingan suku akhir Piala FA

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kaya Gila Suami Nynaa Harizal (Video)

Farid pujuk, Diana reject



Penyondol itu bukan bff saya – Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker