Ronaldo lulus ujian perubatan

Ronaldo lulus ujian perubatan. BINTANG sensasi dunia, Cristiano Ronaldo lulus ujian perubatan untuk menyertai Manchester United dengan nilai 21 juta pound (RM120 juta).

Menurut laporan Sky Sports News, kapten skuad kebangsaan Portugal itu sudah melengkapkan ujian perubatannya di Lisbon.

Ronaldo yang juga pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or kini hanya perlu menunggu proses untuk mengesahkan visanya.



Pemain berusia 36 tahun itu akan menandatangani kontrak selama dua tahun dengan pilihan menyambung 12 bulan lagi dan ditawarkan gaji 480,000 pound (RM2.7 juta) seminggu.

Pada tengah malam Jumaat lalu, United mengesahkan bahawa mereka mencapai persetujuan bersama Juventus untuk membawa Ronaldo kembali ke Old Trafford – 12 tahun selepas dia meninggalkan kelab gergasi Inggeris itu.

Ronaldo akan menyertai United selepas mengharungi tugasan antarabangsa dan berkemungkinan membuat penampilan pertama untuk kali kedua bersama The Red Devils menentang Newcastle United di Old Trafford pada 11 September ini.

Ronaldo lulus ujian perubatan




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Exco Pas tidak akan letak jawatan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker