Datuk kahwini anak dara umur 18 tahun

GAMBAR menunjukkan pasangan pengantin dengan jarak umur 46 tahun. – Facebook

JAKARTA – Sebuah hantaran tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang lelaki tua mengahwini gadis berusia 18 tahun, lapor laman berita Suara.com.

Hantaran itu dimuat naik pada akaun Facebook @Happy-wedding Planner. Ia memaparkan gadis bernama Via, 18, berkahwin dengan suaminya, H Sondani yang berusia 65 tahun.

Menurut akaun tersebut, H Sondani merupakan seorang pemilik tanah di kampungnya. Lelaki itu telah memberikan mas kahwin 500 juta rupiah (RM149,978) untuk isterinya.

Bukan itu sahaja, H Sondani turut memberikan rumah, kereta dan pakej menunaikan umrah kepada isterinya.

“Berkahwin itu nasib, mencintai itu takdir. Kamu boleh merancang untuk menikahi sesiapa sahaja tetapi tidak dapat merancang untuk mencintai siapa. Yang masih bujang, bersabarlah, mudah-mudahan segera kahwin,’’ demikian kapsyen pada hantaran berkenaan.

Akaun itu turut memuat naik beberapa gambar perkahwinan pasangan jarak umur 46 tahun itu. Penampilan kedua-duanya dilihat menyerlah di hari perkahwinan mereka.

Hantaran itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Tidak mengira umur, yang penting banyak duit. Yang muda kalah dengan yang tua,’’ tulis seorang netizen.

“Percayalah kita sudah kalah kawan-kawan,’’ komen netizen lain. – Agensi

Datuk kahwini anak dara umur 18 tahun

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker