Tolong sahkan Kabinet PH tak pernah bincang tuntutan Sulu – Najib



Tolong sahkan Kabinet PH tak pernah bincang tuntutan Sulu – Najib

Najib Razak menggesa anggota Kabinet era Pakatan Harapan (PH) mengesahkan sama ada mereka pernah membincangkan tuntutan oleh waris kesultanan Sulu.

“Ini sangat penting. Rafizi Ramli telah menggerakkan ahli PKR untuk membantu menyelesaikan isu ini, saya rasa dia perlukan bantuan,” katanya kepada FMT.

“Sebab itu pentingnya pemimpin PH menyokong beliau dalam misi ini,” kata Najib, ketika diminta mengulas laporan polis Rafizi terhadapnya.

Terdahulu, timbalan presiden PKR itu membuat laporan terhadap Najib yang didakwa cuai pada 2017 berhubung tuntutan waris kesultanan Sulu.




Najib berkata, beliau tidak mempunyai isu dengan tindakan Rafizi membuat laporan terhadapnya kerana fakta adalah jelas tentang siapa yang bertanggungjawab untuk “kekacauan yang kita hadapi hari ini”.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, walaupun beliau perdana menteri pada 2017, tuntutan waris sultan Sulu tidak sampai ke timbang tara.

“Pada masa itu, mereka hanya berhajat untuk memfailkan timbang tara. Notis timbang tara itu dihantar selepas Mei 2018 apabila PH mengambil alih tampuk pemerintahan Putrajaya.

“Mahkamah Tinggi Madrid hanya melantik Gonzalo Stampa sebagai penimbang tara untuk kes ini pada 22 Mei 2019.

“Dua bulan kemudian, pada 30 Julai, satu notis timbang tara dihantar kepada kerajaan menerusi Kementerian Luar Negeri berkenaan tuntutan berjumlah USD32 bilion. Bagaimana saya boleh lalai sedangkan saya tidak berkuasa?”




Najib berkata, menurut bekas peguam negara Tommy Thomas, kerajaan PH tidak membincangkan tuntutan mahupun surat dihantarnya kepada wakil waris Sulu mengenai perkara itu pada 2019.

“Ini dilaporkan oleh Utusan Malaysia. Dalam laporan itu, YB Lim Guan Eng dan Datuk Redzuan Yusof mengesahkan apa dikatakan Thomas.

“Jadi mengapa Kabinet PH tidak membincangkan isu penting yang menjejaskan kedaulatan kita? Adakah mereka tidak nampak atau mereka tidak peduli? Itulah sebabnya bekas menteri PH perlu mengesahkan mereka tidak membincangkan atau bertindak mengenai perkara itu.”

Najib sebelum ini menggesa Thomas menjelaskan surat ditulisnya kepada waris Sulu pada 2019 menyatakan kekesalan kerana Malaysia tidak membayar mereka sejak 2013.

Menurut surat itu, Thomas menawarkan untuk penyelesaian tuntutan berbilion dolar dengan bayaran pampasan RM48,000.




Surat itu kemudian digunakan oleh peguam yang mewakili waris kesultanan Sulu sebagai bukti bahawa Malaysia mengiktiraf tuntutan itu.

Najib juga mempertahankan keputusannya untuk menghentikan pampasan tahunan RM5,300 kepada waris Sulu selepas pencerobohan Lahad Datu pada 2013 yang menurut Rafizi sebagai bukti kecuaiannya.

“Ia adalah perkara yang betul untuk dilakukan. Saya perlu nyatakan bahawa pelbagai pemimpin PH termasuk Tun (Dr Mahathir Mohamad) dan mendiang Karpal Singh turut menggesa pembayaran ini dihentikan.” FMT

Tolong sahkan Kabinet PH tak pernah bincang tuntutan Sulu – Najib


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Agar-Agar Santan Isi Kelapa Muda, kena sekali nak selalu

Wanita tertipu beli telefon murah online, dapat sebungkus garam [VIDEO]

Isteri ‘terkam’ kereta tangkap suami curang [VIDEO]



Leave a Reply

Your email address will not be published.