Jangan tumpu ambil pekerja asing di negara sumber tradisi – Ismail

Jangan tumpu ambil pekerja asing di negara sumber tradisi – Ismail

Kerajaan mahu majikan berhasrat mengambil pekerja asing meluaskan pengambilan itu dari negara sumber diluluskan, tanpa bergantung sepenuhnya terhadap negara sumber tradisi semata-mata, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, gesaan itu selaras dengan komitmen mendepani isu dan cabaran pengambilan pekerja asing.

“Para majikan digesa untuk mempertimbangkan pengambilan pekerja asing dari negara sumber yang telah diluluskan dan tidak bergantung kepada negara sumber tradisi sahaja.

“Kerajaan juga mendengar keluhan dan pandangan daripada pemain industri berkaitan pasaran buruh negara yang kini berdepan kekurangan tenaga kerja asing kritikal. Kerajaan akan terus mempertingkatkan kerjasama dengan pihak swasta melalui sesi libat urus yang berterusan,” katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi.

Selain itu, Ismail turut memaklumkan pendekatan lain diambil kerajaan menerusi Kementerian Sumber Manusia (KSM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama pihak industri, persatuan perniagaan dan pihak berkenaan dengan mengadakan pertemuan bersemuka demi menyelesaikan isu pengambilan pekerja asing sehingga hujung Jul.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin, mengumumkan keputusan kerajaan bersetuju membenarkan 15 negara sumber digunakan sebagai pengambilan tenaga kerja asing bagi industri pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan.

Dalam pada itu, Ismail menggesa KSM mempercepatkan pelaksanaan proses temu duga majikan dengan menambah bilangan penemu duga di One Stop Centre (OSC) mengikut zon dan negeri.

Sebelum ini, Duta Besar Indonesia Hermono memaklumkan, negara itu mengenakan pembekuan sementara ke atas semua pekerja negara itu memasuki Malaysia berikutan Jabatan Imigresen terus menggunakan Sistem Pembantu Rumah Dalam Talian (MOS) untuk memudahkan pengambilan pembantu rumah Indonesia.

Dalam perkembangan lain, Ismail berkata, mesyuarat itu juga turut mengambil maklum prestasi program MyMudah yang dilaksanakan di peringkat kementerian oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bagi mengurangkan kerenah birokrasi, selain mahu MPC berusaha menyelesaikan kes kompleks dalam tempoh 60 hari. FMT

Jangan tumpu ambil pekerja asing di negara sumber tradisi – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Agar-Agar Santan Isi Kelapa Muda, kena sekali nak selalu

Wanita tertipu beli telefon murah online, dapat sebungkus garam [VIDEO]

Isteri ‘terkam’ kereta tangkap suami curang [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker