Jasmine Suraya Nafi Tukar Agama, ‘Saya Ke India Atas Sebab Bercuti’

Jasmine Suraya Nafi Tukar Agama, ‘Saya Ke India Atas Sebab Bercuti’

Tindakan Jasmine Suraya memuat naik beberapa keping foto ketika menghadiri seperti satu majlis ritual di Delhi, India telah menimbulkan spekulasi pelakon itu telah menukar agama.

Bukan ritual agama



Ketika dihubungi, Jasmine menafikan andaian netizen yang menyangka dia kini sedang mendalami serta menganut agama lain.

Kata aktres berumur 33 tahun, percutian kali ini untuk merehatkan minda selepas penat lelah bekerja selain ingin menerokai budaya dan tradisi masyarakat India.

Saya ke India atas sebab bercuti setelah penat bekerja. Saya memang suka melancong jika ada kelapangan jadual, jadi kali ini saya memilih India.


Baca Artikel Menarik:


Jelasnya lagi, upacara yang dihadiri itu bukanlah ritual keagamaan mana-mana agama sebaliknya hanya sekadar sesi rejuvinasi diri.



Daripada pemerhatian saya kepada banyak ritual dan kepercayaan di India dan menyaksikan sendiri dengan mata kepala sendiri kemiskinan yang berlaku di sana, saya percaya bahawa agama adalah landasan yang baik membentuk jati diri manusia.

Saya percaya agama berfungsi sebagai panduan untuk menjadi orang yang baik, untuk memberi kembali bukan sahaja kepada diri kita tetapi kepada semua orang dan setiap spesies di sekeliling kita.

Percutian ini bukan sekadar pengembaraan kosong, sebaliknya ia telah mengajar saya kesederhanaan hidup dan kejayaan seseorang tidak boleh diukur dan dinilai dari segi material.

Sebelum ini, menerusi hantaran di Instagram (IG), Jasmine berkongsi momen dirinya seperti mengikuti beberapa upacara keagamaan. Selain itu, pelakon wanita yang berasal dari Kuching ini turut dilihat memakai kerudung dan juga sehelai pakaian tradisi masyarakat India.




Baca Artikel Menarik:

Adi Putra digugurkan dari prekuel Mat Kilau sejak awal lagi


Pernah tertekan fikir ‘content’

Tambah pemilik nama Jasmine Suraya Chin Xian Mei, percutian kali ini juga sebagai satu escapism daripada media sosial.



Sebagai selebriti, adalah satu kemestian untuk mengemas kini perkembangan terkini di media sosial. Kadang-kadang ada rasa sedikit ketinggalan jika tiada apa yang hendak dimuat naik di IG. Situasi ini ada kalanya membuatkan saya sedikit tertekan, apatah lagi untuk memikirkan kandungan apa yang terbaik untuk dikongsikan kepada pengikut saya.

Saya dan pihak pengurusan sedang merangka perancangan terbaharu untuk memastikan dia aktif di laman sosial.

Terdahulu, Jasmine tidak pernah mendedahkan agama yang dianutinya namun secara terbuka mengakui pernah menghadiri kelas agama Islam sebagai untuk menambah ilmu pengetahuan.

Projek terbaru



Dalam perkembangan lain, Jasmine bakal memulakan penggambaran sebuah drama komedi romantik, serta bakal membintangi sebuah projek bersama penerbit terkenal, Datuk Saniboey.


Baca Artikel Menarik:

 

Adi Putra digugurkan dari prekuel Mat Kilau sejak awal lagi




Kata pelakon filem Paskal, dia sangat teruja untuk menjayakan watak daripada projek yang bakal disiarkan di Tonton TV ini. Watak yang ditawarkan merupakan antara watak paling diimpikan olehnya dan percutian ke India ini juga antara salah satu cara untuk Jasmine membentuk persona untuk karakter seterusnya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Related Articles

One Comment

  1. Kt sni..tau dh..kt mne keji nya .mnusia..aku rse terpnggil nk Komen .. pada pihak yang mengeluarkan artikel ni..aku terkpkir..apa bangsa Dan agama anda.. jika non Muslim..no wonder la sbb tk thu asas agama Islam..kalau anda Dan pihak anda orang Muslim..anda mmg tidak ada pkir dosa pahala dah ..aslkn artikel Kau orang gempak Dan netizen pulak di salah kn konon para netizen yg keluarkan Khabar tk guna mcm ni. Pdhal editor Dan sumber web anda smua yang menyeluruh buat cerita Dan hal fitnah keji mcm ni ..Ini hal agama seorang Muslim.,bukan hal gosip kbiasaan itu..jgn main2..Kau orang yang di fitnah sebegtu ada peluang saman anda Dan syarikat apa anda ada. Baru nak ada dtg akal sihat kan?buat anda semua yang Muslim ..berhenti menyebarkan fitnah berat seperti ini..aku sebagai netizen..sebagai pembaca Dan rakyat..terutama ski seorang Muslim..pon akan di pnggil di hadaan Tuhan nanti..sbbkn Dua bji mata terbaca fitnah anda jayakan ini.. jangan cari bala..berhentiah mereka crta atau on ha itu benar ..bukan hak anda menjadikan ia artikel untuk di kongsi Dan di sebarkan.. di sini Dan komen ini di buat.untuk nanti di akhirat..aku turun kan Komen sebagai seorang Muslim ..jika di tnya..komen Ini Iah akan di bawakan bukti nti.aku buat kerja sbgai seorang muslim..mngkin blm cukup Dan bukan juga agamawan…. Atlist aku sebagai seorang alu..mengutuk tindakan seperti berita semasa dan hal terkini panas Dan sensasi atast fitnah….cuba lh cari artikel memberi kan pahala Dan kbaikan.. insyaAllah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker