Zahid dedahkan mengapa, ‘langkah St Regis’ anjuran PN gagal

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, hari ini mendedahkan mengenai kewujudan ‘Langkah St Regis’ diatur beberapa ahli parlimen parti itu bersama pemimpin PN.

Kata Ahmad Zahid ia bukan saja untuk menggagalkan pembentukan kerajaan perpaduan malah cuba untuk menyingkirkan ahli parlimen Bagan Datuk terbabit sebagai pengerusi BN.

Menurut pemimpin Umno yang enggan namanya didedahkan, Ahmad Zahid pada sesi taklimat presiden yang berlangsung petang tadi turut mendedahkan 10 nama ahli parlimen mereka yang menyerahkan akuan bersumpah (SD) bagi mengangkat Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri ke-10.



Menurutnya, ketika kemelut politik melanda dan mesyuarat BN diadakan, hanya 26 ahli parlimen yang hadir, manakala baki empat lagi – yang memberikan sokongan kepada Muhyiddin – tidak datang dengan memberi alasan kesihatan.

“Presiden memaklumkan pada masa Dewan Tertinggi (BN) bersidang telah ada perancangan dibuat untuk menyingkirkan beliau (Ahmad Zahid) selaku pengerusi BN.

“Jika langkah itu berjaya, Muhyiddin telah sedia menanti di Hotel St Regis (di Kuala Lumpur) untuk mendapatkan sokongan BN,” katanya.

Bagaimanapun kata sumber terbabit rancangan sulit itu terbongkar apabila Setiausaha Agung BN, Zambry Abdul Kadir, tiba-tiba dihubungi seorang pemimpin kanan PAS-PN.



Dalam perbualan itu, katanya, pemimpin PAS-PN itu bertanya mengapa ahli-ahli parlimen BN belum sampai ke hotel berkenaan.

“Katanya Muhyiddin sudah sedia menanti di Hotel St Regis,” katanya selepas taklimat presiden di Pusat Dagangan Dunia (WTC), petang tadi.

Dalam pada itu, pemimpin Umno terbabit turut memaklumkan Ahmad Zahid berdepan cabaran hebat termasuk daripada pemimpin parti komponen ketika membuat keputusan untuk bersama membentuk kerajaan perpaduan.

Selain itu katanya, pada taklimat presiden itu juga Ahmad Zahid memaklumkan yang BN akan bertanding menggunakan logo parti dalam enam pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.



“Biro politik dan Majlis Kerja Tertinggi Umno dah buat keputusan, BN tetap akan menyertai PRN di keenam-enam negeri dengan lambang BN.

“Namun penyertaan BN mestilah bersama rakan politik strategik parti-parti dalam kerajaan perpaduan,” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

 



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Seleweng RM92.5 bilion dan makan komisyen 5 peratus, Ini komen Muhyiddin



Puteri Sarah nekad minta cerai, tidak rela dimadu

Isu Bikini: Ilmuan Turkiye Mustafa Akyol bidas kembali Mufti Perlis

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker