Mahkamah tolak representasi Yasin, ‘Saya akan terus berjuang’

 

PETALING JAYA: Jabatan Peguam Negara menolak representasi dikemukakan penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman bagi mengkaji tiga pertuduhan kes dadah yang dihadapinya.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asnawi Abu Hanipah memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Sesyen Nik Nasimah Nik Mohammad bahawa Pejabat Peguam Negara menolak representasi itu semalam, namun surat rasmi berhubung penolakan itu belum dikeluarkan.



“Saya percaya tarikh perbicaraan telah ditetapkan pada 6 Mac ini,” kata Asnawi ketika sebutan kes itu hari ini.

Peguam Ariff Azami Hussein mewakili Muhammad Yasin, yang mengesahkan keputusan representasi itu berkata pihaknya mendapat arahan terkini daripada anak guam untuk memfailkan representasi kedua selewat-lewatnya dua minggu.

Mahkamah menetapkan 20 Feb ini untuk sebutan bagi keputusan representasi kedua.

Penyanyi lagu Mimpi Laila itu didakwa memberikan dirinya dadah jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah Petaling Jaya, pada 11.05 malam, 24 Mac tahun lepas.



Dia dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 (1) akta sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Muhammad Yasin juga didakwa memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah di kediamannya di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini, pada 5.30 petang, tarikh yang sama.

Pertuduhan mengikut Seksyen 6 Akta ADB dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan dan Seksyen 6B (1) (a) ADB dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6B (3) yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebat tidak kurang daripada enam sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Muhammad Yasin ketika ditemui pemberita berkata beliau terkilan dan sedih dengan keputusan hari ini.



“Representasi itu ditolak mungkin kerana ada masalah teknikal, namun saya akan tulis sendiri untuk representasi kedua. Saya akan terus berjuang,” katanya.

Ariff Azami pula berkata pendakwaan boleh mempertimbangkan representasi kedua selagi perbicaraan masih belum bermula dan pihaknya akan memasukkan terma dan alasan berbeza dalam representasi kedua antaranya isu perubatan serta luahan hati anak guam.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



 

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Seleweng RM92.5 bilion dan makan komisyen 5 peratus, Ini komen Muhyiddin



Puteri Sarah nekad minta cerai, tidak rela dimadu

Isu Bikini: Ilmuan Turkiye Mustafa Akyol bidas kembali Mufti Perlis

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker