Ryan Bakery bolosi 3 pencalonan ABPBH 35

Ryan Bakery bolosi 3 pencalonan ABPBH 35

Ryan Bakery bolosi 3 pencalonan ABPBH 35

Selebriti TikTok, Ryan Bakery tidak menyangka saat mengetahui namanya berjaya membolosi pencalonan awal Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35, tahun ini.

Buat pertama kali tercalon dalam ABPBH, Ryan Bakery meluahkan rasa bersyukur dan menganggap ia sebagai pencetus semangat dalam menghasilkan kandungan lebih kreatif.



“Alhamdulilah, dah tercalon pun dah seronok dah. Kalau menang pun lagi lah seronok. Doa-doakan lah!”, katanya.

Bertanya bagaimana perancangan untuk mendapatkan undian, Ryan sempat berjenaka dengan memberitahu dia akan menyediakan manisfesto kepada peminatnya bermula hari ini.

“Kalau saya dah tercalon hari ini, saya dah mula buat manisfesto selepas ini”- katanya dengan nada bergurau ketika ditemui pada majlis pelancaran ABPBH 35 di Stesen Kereta Api Kuala Lumpur, di sini, malam ini.


Baca Artikel Menarik:

Alicia Amin tembusi ABPBH 35 buat julung kali




Terdahulu, pemenang Anugerah Digital Content Creator Tergempak Gempak Most Wanted Awards 2022 (GMWA 2022) itu tersenarai sebagai 20 calon yang memberi saingan dalam kategori TikTokers Popular, Video Viral Popular dan Content Creator Popular.

Ekspresi Legasi Seni

Bertemakan Ekspresi Legasi Seni, ABPBH 35 yang dilancarkan di Stesen Kereta Api Kuala Lumpur, iaitu stesen kereta api ikonik milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Jalan Sultan Hishamuddin di sini, mengumumkan Fellera, iaitu pengeluar produk kesihatan wanita terkemuka Jelly Ajaib Bellrossa, sebagai penaja utama.

Majlis pelancaran bertemakan ‘hipster’ dihadiri Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) merangkap Pengarang Kumpulan BH dan Penaung ABPBH 35, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman dan Pengasas Fellera, Sharifah Khyra Muhsin.



Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Media Prima Audio (MPA), Nazri Noran; Ketua Pegawai Operasi, Media Prima Omnia, Mohd Efendi Omar serta Pengurus Besar Kanan, Pengurusan Program dan Penyiaran TV3, Siti Nurlisia Mohd Naszri.


Baca Artikel Menarik:

Cliff Umar tak peduli anak autisme


Hadir sama CEO Kumpulan KTMB, Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin; Timbalan Pengarang Kumpulan BH, M Thillinadan dan Pengarah ABPBH 35 merangkap Pengarang Berita Hiburan BH, Shamshul Azree Samshir.



Undian Dibuka

Membariskan 12 kategori di bawah Kategori Utama dan tujuh (7) Kategori Ekstra!, peminat boleh mengundi artis pilihan bagi peringkat Top 20 bermula 12 Mei 2023 sehingga 11 Jun 2023 menerusi laman web ABPBH 35 di www.abpbh.com.my. Undian boleh dilakukan sama ada secara percuma ataupun pakej langganan BH digital. Mr


Baca Artikel Menarik:

Baby Shima sokong, PU Syed rasa bimbang

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pernah nampak arwah berjasa – Rita Rudaini

Diana beri bayangan hubungan dengan Farid



Ustaz Don Suruh Dengar Lagu Coldplay ‘Fix You’ (Video)

Mawi muntah darah, mati sekejap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker