SAC polis antara 6 ditahan bantu kes bunuh lelaki di Tawau

SAC polis antara 6 ditahan bantu kes bunuh lelaki di Tawau

Pegawai kanan polis berpangkat Senior Asisten Komisoner antara enam ditahan dipercayai bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh seorang lelaki di Tawau, Sabah.

Sumber berkata, semua individu yang ditahan terdiri daripada anggota dan pegawai pelbagai pangkat.



“Semua individu berkenaan ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Khas (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

“Ia bagi membantu siasatan berhubung satu kes bunuh membabitkan seorang lelaki kelmarin,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

“Insya Allah nanti Pesuruhjaya Polis Sabah akan buat kenyataan.



“Setakat ini, biarlah mereka (polis) buat siasatan dahulu,” katanya ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp, malam ini. HM

SAC polis antara 6 ditahan bantu kes bunuh lelaki di Tawau

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]

Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)



Kecil-kecil jadi pembuli (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker