Mahathir alami kemurungan politik

Mahathir alami kemurungan politik

Bekas Perdana Menteri sebanyak dua kali Tun Dr. Mahathir Mohamad didakwa mengalami fasa kemurungan politik.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, kehidupan Mahathir tidak tenang selepas bekas timbalannya dalam Kabinet pada era 1990-an Datuk Seri Anwar Ibrahim kini menjadi Perdana Menteri.



Tambah beliau, Mahathir juga resah apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa di mahkamah ketika pentadbiran beliau selama 22 bulan telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Kini tidurnya terganggu kerana Anwar yang pernah dipecat, dipenjara dan jadi PM tepi kini jadi Perdana Menteri ke-10. Zahid yang didakwa dengan puluhan pertuduhan kini jadi TPM dan kekal Presiden UMNO.

“Sudah tentu duka laranya meningkat kerana Najib yang dia penjarakan tidak murung, kekal disanjung dan boleh menjadi kawan politik yang dipercayai bila bebas nanti.

“Mahathir pula walaupun hidup bebas, tetapi terpenjara dengan kemurungan. Status dia adalah “negarawan” semakin pudar,” kata Mohd Puad.



Menurut Mohd Puad, Mahathir juga murung kerana pelawaannya kepada beberapa pihak untuk menjadi rakan kongsi politik tidak lagi disahut.

Kenyataan Mohd Paud hadir beberapa jam selepas Mahathir melancarkan ‘serangan’ terbaharu terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Dia perosak kestabilan dan trust politik di Malaysia. Never ever trust Mahathir,” kata Puad.

Tambah beliau, bekas Pengerusi Pejuang itu juga murung apabila mengalami kekalahan yang disifatkan penuh kehinaan pada pilihan raya umum yang lalu.



Mohd Puad mendakwa legasi Mahathir tidak lagi dihormati.

“Tun M kini kemurungan meninggalkan politik. Dia jatuh politik dengan penuh kehinaan. Dia hilang deposit. Dia hilang penyokong die hard. Parti Pejuang sedang menghampiri kematian.

“Legasinya tidak lagi dihormati. Legasi barunya ialah Perdana Menteri yang kuat mencampuri urusan mahkamah, pengamal pendakwaan politik dan pengamal KKN tegar.

“KKN ialah korupsi, kolusi dan nepotisme. Tun Daim adalah contoh kroni utamanya,” kata Mohd Puad di media sosial.



Najib menjadi sasaran Mahathir walaupun bekas bekas Perdana Menteri itu kini sedang menjalani hukuman penjara. MG

Mahathir alami kemurungan politik

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]

Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)



Kecil-kecil jadi pembuli (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker