Amin Aznizan ‘bachelor’ jutawan terhangat

Bukan sekadar anak CEO ‘Megah Holdings’, uruskan syarikat bernilai RM100 juta

Amin Aznizan ‘bachelor’ jutawan terhangat

Pertemuan empat mata bersama Pegawai Eksekutif SOCC Holdings, Amin Aznizan, berlangsung cukup santai di ruang pejabat yang cukup gah daripada setiap sudut. Berambut ikal, tutur kata tersusun rapi dan sopan santun anak Melayu, anak Miri berusia 34 tahun ini bernilai RM100 juta.

Tiada secubit kata megah, malah perjalanannya juga tidak semudah yang disangka. Pernah mengalami kerugian hampir RM4 juta di awal permulaan perniagaannya, kata Amin, kekurangan pendedahan dan produk yang dijual antara faktor syarikatnya terpaksa ditutup operasi.



“Waktu itu kami mengusahakan produk organik berasaskan susu kambing hampir enam tahun. Namun pasaran di Malaysia pada waktu itu tidak begitu baik. Dan mungkin juga disebabkan ia produk organik dengan harga yang sedikit mahal menyebabkan ia kurang mendapat sambutan.

“Walaupun mengalami kerugian RM3 juta, namun kata bapa ia adalah kos untuk mendidik kita menjadi lebih bijak,” ulasnya.

Amin bukan sekadar pewaris ‘Megah Holdings’, namun dia turut merancakkan perjalanan syarikat dengan membawa masuk kontrak bernilai puluhan juta ringgit.

Menerjah masuk pasaran Timur Tengah dan Indonesia bagi mengembangkan empayar perniagaan, ulas Amin tidak mudah membina keyakinan bagi menjalin kerjasama dengan bangsa Arab.



“Orang Melayu penuh dengan sopan santun dan adab. Namun apabila berdepan dengan orang Arab, kita perlu lebih agresif dan lantang dalam mempertahankan idea. Jika hanya berdiam diri, kita akan dianggap lemah dan tidak layak bersama mereka.

“Dan nama Malaysia sangat harum di Timur Tengah kerana Malaysia terkenal dengan kualiti dan halal produk, jadi mereka terbuka menerima kedatangan kita sebagai rakan strategik,” katanya.

Mahukan acuan sendiri dalam membentuk hala tuju syarikat, jelas anak sulung daripada tiga beradik ini, walaupun dalam dilemma sewaktu mula menerajui syarikat, namun kini dia yakin, kredibiliti yang dimiliki membuatkan bapa percaya akan kebolehannya.

“Pekerja dalam syarikat ini sudah terbiasa dengan cara kerja bapa dan ibu saudara. Apabila diberi amanah untuk meneruskan legasi yang dibina, siapalah saya? Mungkin ada yang kata saya ‘budak mentah baru setahun jagung’.



“Jujurnya saya dalam dilema. Saya banyak pengalaman menguruskan syarikat kecil sewaktu masih belajar pada 2011, namun sukar nak lari daripada bayangan bapa. Saya fikirkan apa yang bapa buat, itulah yang perlu saya teruskan.

“Namun sebenarnya bapa dan ibu saudara amanahkan syarikat kepada saya kerana saya Amin. Mereka mahu saya uruskan mengikut rentak dan gaya saya sendiri.

“Saya berpegang teguh pada pendirian, jika orang lain kata buka bisnes di sana tak bagus, itu pendapat mereka. Jika saya sudah tetapkan keputusan, saya akan lakukan.

“Bapa saya selalu berpesan buat sesuatu kena ikhlas kerana Allah Taala. Bila ikhlas, segalanya akan berjalan lancar dan kita akan memastikan kualiti yang terbaik untuk staf, pelanggan dan syarikat,” tegasnya.



Demi Sarawak, Amin menterjemahkan rasa cinta kepada negeri kelahirannya menerusi Kedey Kamek, sebuah restoran yang menawarkan hidangan bumi Kenyalang itu.

“Kedey Kamek merupakan ekspresi rasa cinta saya kepada Sarawak. Saya mahu semua orang di Lembah Klang rasa sendiri keaslian hidangan Sarawak di Kedey Kamek. Apabila pelanggan datang dan hargai hidangan dan nyatakan keinginan untuk ke Sarawak, saya rasa sangat bangga dan terharu.

“Sarawak telah membentuk siapa diri saya dan inilah sumbangan yang mampu saya beri kepada negeri tercinta,” katanya lagi.

Sedar akan persepsi popular di kalangan generasi muda bahawa menjadi pempengaruh lebih mudah menjana kekayaan, ulas Amin trend ini bukan sahaja berlaku di Malaysia.



“Tak dinafikan memang mudah nak jadi kaya dan tak perlu belajar tinggi pun. Namun apa yang kita lihat hanyalah satu peratus daripada kejayaan. Berapa lama mereka dapat bertahan? Berapa ramai sebenarnya yang berjaya?

“Kita kena sedar pendidikan bukan sekadar untuk menjana duit, namun ia untuk membentuk siapa kita, bagaimana karakter terbina. Kita boleh nampak tahap pemikiran dan mentaliti seseorang berdasarkan pendidikan mereka. Jika nak berbahas pendidikan untuk buat duit, memang sukar nak menang,” ulasnya. Utv

Amin Aznizan ‘bachelor’ jutawan terhangat

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabi Adam turun di Gunung Jerai, Saidina Uthman pernah ke Kedah antara dakwaan gila penceramah PAS yang mengelirukan – PM

Inspektor Sheila cari calon suami untuk jumpa ayahnya

Papagomo kalah debat dengan Wan Mahussin?

Pernikahan Shuib-Watie, Jep Sepahtu dedahkan beliau tidak dijemput

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker