MP DAP kata lobi syarikat rokok juga sebahagian demokrasi

Amalan melobi adalah perkara biasa dalam isu membabitkan sesuatu akta yang dibentangkan kerajaan, kata Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching).

Katanya adalah tidak adil mendakwa kerajaan tunduk kepada pelobi ataupun pemain industri dalam isu membabitkan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023,

“Ada yang kata lobi-lobi industri berkuasa dan kita (kerajaan) tunduk, secara jujur saya berkata ini juga sebahagian daripada demokrasi.



“Setiap akta yang ada…ada lobi-lobi. Kenapa cuma dalam isu ini kita kata kerajaan tunduk pada industri,” katanya ketika berbahas di Dewan Rakyat hari ini.

Yii berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa menerima kecaman apabila kementeriannya menggugurkan peruntukan berkaitan larangan penjualan produk tembakau dan rokok serta larangan merokok bagi warga yang lahir selepas 1 Januari 2007, daripada RUU itu.

Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang mendakwa Zaliha dan KKM tunduk kepada pelobi dan pemain industri tembakau sehingga menggugurkan peruntukan yang lebih dikenali sebagai “generasi penamat” itu.



Sebelum ini Peguam Negara, Ahmad Terrirudin Mohd Salleh berkata, peruntukan berkenaan GEG dalam RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023, boleh dicabar di mahkamah.

Susulan itu, Dr Zaliha menarik semula RUU tersebut pada 28 Nov lalu sebelum versi baru dibentangkan untuk bacaan kali pertama.

‘Pandangan semua pihak diambil kira’

Mengulas lanjut, Yii berkata banyak naratif telah digunakan dalam RUU berkenaan bagi menampakkan kerajaan tunduk kepada pelobi.



Jelasnya, pandangan semua pihak tealh dirujuk dan diambil oleh kerajaan sebelum sebarang keputusan dibuat.

Namun katanya, sebagai individu yang terbabit dalam jawatankuasa berkaitan RUU itu, pandangan pemain industri juga perlu diberi perhatian.

“Sebenarnya tentangan bukan saja datang dari pemain industri, banyak pihak lain juga menentang, banyak pihak lain tidak boleh menerima ini.

“Alasan diberikan walaupun tidak bersetuju ia munasabah, kita haruslah juga tangani isu-isu tersebut,” katanya.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS ‘melompat’ dengan sokongan MP Bukit Gantang kepada PM



Tok Ram punya pasal, Alyah yang kena

Bersatu berpecah, menunggu karam – Mohd. Sharkar



Saya bukan muka T20 – Shuib

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker