Penggunaan Setem Hasil tamat mulai 1 Januari 2024

Penggunaan Setem Hasil tamat mulai 1 Januari 2024

Penggunaan setem pelekat (Setem Hasil) dan mesin franking pos oleh pengguna luar seluruh negara sebagai kaedah penyeteman ke atas dokumen atau perjanjian akan ditamatkan mulai 1 Januari 2024.

Susulan itu, pembayar duti dibenar menggunakan Setem Hasil bagi urusan penyeteman dokumen atau perjanjian sehingga 31 Disember 2023 saja.



Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan hari ini berkata, pembayar duti dinasihatkan untuk menghabiskan Setem Hasil yang berada dalam simpanan masing-masing.

Katanya, tiada tuntutan bayaran balik dibenarkan atau diganti dengan wang tunai bagi sebarang Setem Hasil yang tidak digunakan.

“Permohonan penyeteman dan pembayaran duti setem boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal Sistem Taksiran Dan Pembayaran Duti Setem (STAMPS) di pautan https://stamps.hasil.gov.my tanpa perlu hadir ke kaunter duti setem.

“Individu warganegara dan penduduk tetap yang mempunyai fail cukai pendapatan boleh membuat pendaftaran ID Pengguna STAMPS, permohonan taksiran dan bayaran duti setem secara dalam talian melalui portal STAMPS manakala pendaftaran fail cukai individu pula boleh dibuat melalui e-Daftar di pautan https://edaftar.hasil.gov.my,” kata kenyataan itu.



Katanya, sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada pihak LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (Luar Negara),HASiL Live Chat, e-mel kepada [email protected]; dan Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public . BH

Penggunaan Setem Hasil tamat mulai 1 Januari 2024

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Norreen Iman bakal disaman resort terkemuka Johor

Farid Kamil balas foto pegang tangan Diana Danielle



Pesawat terhempas: Saya sudah mati jika pecut – Pemilik dashcam (Video)

Tak sanggup tengok arwah merangkak sebut nama Allah – Saksi pesawat terhempas (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker