Harga emas hampiri paras terendah 5 bulan

Harga emas hampiri paras terendah 5 bulan

Harga emas stabil di atas paras terendah lima bulan pada hari Isnin selepas menurun dalam lima sesi sebelumnya, ketika pelabur bersiap sedia untuk pertemuan pegawai kanan bank pusat di Jackson Hole, Wyoming pada minggu ini, bagi mendapatkan pandangan mengenai ekonomi dan kadar faedah.

Harga emas spot tidak berubah pada AS$1,888.36 (RM8,779.74) atau RM282.27 segram bagi setiap troy auns menjelang 0124 GMT, manakala kontrak niaga emas AS menambah 0.1 peratus kepada AS$1,917.70 (RM8,916.15) atau RM286.66 satu gram.



Harga merosot kepada paras terendah sejak pertengahan Mac pada AS$1,883.70 minggu lalu, dengan data ekonomi yang positif meningkatkan ramalan untuk kadar faedah AS yang lebih tinggi dalam jangka masa panjang, mengurangkan permintaan terhadap emas.

Tumpuan pelabur akan tertumpu kepada ucapan Pengerusi Federal Reserve AS, Jerome Powell, pada Jumaat ini, ketika pegawai bank pusat dari seluruh dunia berkumpul di Jackson Hole untuk persidangan tahunan mereka.

Sebahagian besar ahli ekonomi yang ditemubual oleh Reuters, adalah lebih cenderung bahawa Fed telah selesai menaikkan kadar faedah, dan ramai juga kini menjangkakan bank pusat itu akan menunggu sekurang-kurangnya sehingga akhir Mac sebelum mengurangkannya.

Kenaikan hasil bon perbendaharaan dan kadar pinjaman perumahan mungkin akan mengurangkan dorongan kepada Fed untuk peningkatan kadar faedah tambahan, yang prospeknya telah berkurang berdasarkan inflasi yang lemah.



Sementara itu, China telah menurunkan kadar rujukan pinjaman satu tahun pada hari Isnin, seperti yang dijangka, berikutan usaha pihak berkuasa negara itu untuk merangsang permintaan kredit, namun agak mengejutkan apabila kadar lima tahun dibiarkan tidak berubah.

SPDR Gold Trust, dana dagangan yang disandarkan emas terbesar di dunia, melaporkan simpanannya meningkat 0.3 peratus kepada 890.10 tan pada hari Jumaat, daripada 887.50 tan pada hari Khamis.

Premium emas fizikal di China melonjak kepada yang tertinggi sejak Disember 2016 minggu lalu, manakala harga domestik yang lebih rendah membawa kembali beberapa pembeli di India.

Dalam logam lain, perak spot stabil pada AS$22.71 bagi setiap auns dan platinum berada di sekitar $909.57. Palladium naik 0.1 peratus kepada AS$1,257.43. BH



Harga emas hampiri paras terendah 5 bulan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norreen Iman bakal disaman resort terkemuka Johor



Farid Kamil balas foto pegang tangan Diana Danielle

Pesawat terhempas: Saya sudah mati jika pecut – Pemilik dashcam (Video)



Tak sanggup tengok arwah merangkak sebut nama Allah – Saksi pesawat terhempas (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker