Kejar pengedar dadah sejauh 32 km

Tangkap layar kejadian tersebut.

Tiga pengedar dadah termasuk dua wanita ditahan selepas dikejar sejauh kira-kira 32 kilometer dalam kejadian di Batu 1 Jalan Meru di sini tengah malam tadi.

Penahanan kesemua suspek termasuk dua warga asing itu yang berusia 25 hingga 44 tahun dilakukan kira-kira pukul 12.40 tengah malam selepas kereta jenis Perodua Viva dinaiki mereka terbabas melanggar pembahagi jalan.

Kejadian itu turut tular menerusi video 13 saat di laman aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, unit kereta peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang yang sedang melakukan rondaan di kawasan Puchong telah mengesan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan.



Katanya, anggota MPV IPD tersebut kemudiannya telah mengarahkan kereta tersebut untuk berhenti bagi pemeriksaan.

“Bagaimanapun, arahan tersebut tidak diendahkan dengan kereta dinaiki tiga suspek tersebut terus memecut laju dari Lebuh Raya Damansara Puchong sehingga di Jalan Meru di sini.

“Adegan kejar itu melibatkan tiga MPV IPD Serdang dan dua dari IPD Klang Utara sebelum kenderaan dinaiki suspek terbabas melanggar pembahagi jalan dan berjaya menahan mereka,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau menambah, hasil pemeriksaan seterusnya merampas sebuah beg sandang yang
mengandungi masing-masing tiga peket plastik lut sinar bagi dadah jenis syabu, ketamin selain lima peket berisi serbuk ecstasy.



Vijaya Rao menjelaskan berat keseluruhan dadah tersebut adalah 63.5 gram yang dianggarkan bernilai RM4,000.

“Semakan mendapati suspek warga tempatan itu bekerja sebagai pembantu peribadi dan mempunyai tiga rekod lampau dibawah Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Ketiga-tiga suspek juga positif dadah jenis methamphetamine dan ketamin. Mereka kini direman selama lima hari sehingga 18 Ogos ini dengan kes disiasat mengikut Seksyen 39A (1), Seksyen 12 (3) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kak KM maki suami langgar kereta kesayangan? (Video)



Abah pilih dia ceraikan mak dan anak-anak sekali

Azhar Ali kembali ‘Scam’ jadi Perdana Fellow Di MITI?



Aisar Khaled payung ‘rider makanan’ motosikal baharu selepas motorsikal lama disita JPJ [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker