“Kesian! Betul2 Demam Rindu Travel”-Pemuda Berangan Lepas Rindu Naik Flight Ke Bangkok [VIDEO]

“Kesian! Betul2 Demam Rindu Travel”-Pemuda Berangan Lepas Rindu Naik Flight Ke Bangkok [VIDEO]

Antara salah satu perkara yang paling dirindui ramai pada waktu pandemik ini sudah semestinya melancong ke luar negara

Buktinya, ramai yang dilihat sudah mula throwback gambar dan video lama mereka semasa travel di negara lain sebelum wabak Covid-19 melanda seluruh dunia tahun lalu.

Malah, ada yang terlalu gian nak berjalan sehingga membuat content di rumah sendiri berangan seperti berada di lapangan terbang kerana rindukan suasana di sana.

Seperti video seorang pemuda yang viral di laman TikTok ini apabila dia berlakon di rumahnya yang dijadikan lapangan terbang mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@diva.h.a

jom kita ke Bangkok ✈️rindu travel 😓 #fyp #tiktokmalaysia #travel

♬ original sound – 🧊surayooo🧊 – 🧸

Rindu travel punya pasal, sanggup angkat bagasi dan passport berlakon dekat luar rumah

Menerusi video yang dimuat naik oleh pemuda bernama Hadrey Ali, kelihatan dia berada di luar kawasan rumahnya bersama pakaian lengkap seperti ingin pergi bercuti.

Dia juga dilihat membawa sebuah bagasi sambil memegang passport di tangannya. Apa yang lebih menghiburkan adalah dia siap memegang bil elektrik yang dijadikan sebagai tiket penerbangannya mengundang tawa ramai.

Lakonannya yang memaparkan prosedur di lapangan terbang sehingga masuk ke dalam pesawat diiringi dengan rakaman audio pengumuman di sana ternyata membuatkan ramai turut rindu nak travel. 

“I understand how you feel, ni betul-betul demam rindu nak travel. Bil TNB pun jadilah bang hahaha” – Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah berjaya mendapat sehingga 895.5K views, 111.3K likes dan 7.7K shares di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut berdekah melihat gelagat pemuda itu yang berangan pergi bercuti sampai sanggup melakonkan situasi itu semula. Ramai juga yang meluahkan rasa rindu ingin travel sama sepertinya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker