Warga emas menyamar polis ditahan

Seorang lelaki warga emas ditahan kerana disyaki menyamar pegawai polis dan menghalang anggota pasukan keselamatan itu menjalankan tugas di Bayan Lepas, hari ini.

Menurut kenyataan IPD Barat Daya, polis menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada orang awam terdapat seorang lelaki mengaku sebagai pegawai polis dan memberhentikan keretanya di tengah jalan hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

“Kejadian itu dipercayai berlaku selepas lelaki berusia 63 tahun tersebut telah memberhentikan kereta di tengah jalan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas dan orang awam cuba menasihati suspek tetapi tidak diendahkan dan mengaku sebagai polis sambil menunjukkan sekeping kad polis komuniti.



“Pihak polis terus ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat itu dan meminta lelaki itu menunjukkan kad pengenalan serta mengalihkan kereta tetapi suspek enggan mengemukakan kad pengenalan malah turut enggan mengalihkan kenderaannya,” menurut kenyataan itu.

Polis menahan lelaki terbabit dan merampas sekeping kad polis komuniti miliknya untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 170 dan 186 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, dalam kes berasingan, kenyataan itu memaklumkan polis menyita dua motosikal mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan di Daerah Barat Daya dari 11 malam tadi hingga 3 pagi ini.

Sebanyak 31 keping saman dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan lalu lintas antaranya tiada lesen memandu, tiada cukai jalan, ubah suai motosikal keterlaluan dan tiada cermin sisi.



“Selain membendung samseng jalanan yang melibatkan mat rempit, operasi itu juga bertujuan memastikan penunggang motosikal sentiasa mematuhi peraturan-peraturan lalu lintas sedia ada dan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Operasi itu memfokuskan lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan mat rempit melakukan aksi berbahaya dan mengesan pemandu mabuk, mencegah kejadian kes kecurian kenderaan, ragut, pecah rumah dan lain-lain jenayah.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah



Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker