Spain diikat Poland, Germany tewaskan Portugal 4-2


Spain diikat Poland, Germany tewaskan Portugal 4-2

SEVILLA: Dua perlawanan awal pagi tadi tertumpu kepada aksi Kumpulan E dan F, masing-masing menyaksikan Spain menentang Poland serta Portugal bertembung dengan Germany .

Awal pagi tadi menerusi perlawanan Kumpulan E, Sepanyol terpaksa akur dengan kemenangan seri 1-1 menentang Poland.

Skuad kendalian Luis Enrique itu dilihat banyak mensia-siakan peluang meskipun beberapa kali menggugat pintul gol Poland pada babak pertama perlawanan.



Tirai jaringan dibuka penyerang Juventus, Alvaro Morata pada minit ke-25 manakala maruah Poland diselamatkan penyerang cemerlang Robert Lewandowski selepas meledak jaringan penyamaan pada minit ke-54.

Sementara itu, di Allianz Arena, skuad juara Eropah, Portugal juga terpaksa akur dengan keputusan 2-4 selepas ditundukkan Germany .

Keputusan itu sekaligus menyalakan harapan buat Jerman untuk mara ke pusingan 16 terakhir.

Kelebihan berpihak kepada pasukan Joachim Loew itu selepas gol sendiri daripada Ruben Dias dan Raphael Guerreiro. Kedudukan 4-1 dilengkapi dengan jaringan gol oleh Kai Havertz dan Robin Gosens pada babak kedua yang menyaksikan Portugal pulang dengan dua jaringan oleh penyerang, Cristiano Ronaldo.



Dalam perlawanan terakhir, Portugal bakal berdepan Perancis, manakala Jerman pula akan menentang Hungary.

Euro 2020: Terikat 1-1 dengan Hungary, Griezmann penyelamat maruah France

BUDAPEST: Hungary melakukan kejutan apabila mendahului Juara Dunia France melalui jaringan Attila Fiola pada masa kecederaan separuh masa pertama dalam perlawanan kedua Kumpulan F Euro 2020 di Stadium Ferenc Puskas.



Bagaimanapun, Antoine Griezmann berjaya menjaga air muka Perancis dengan menyamakan kedudukan pada minit ke-66 separuh masa kedua dan mengikat keputusan sehingga tamat perlawanan.

Keputusan itu meletakkan France empat mata untuk mengungguli sementara kedudukan dalam kumpulan sehingga Portugal, yang memenangi perlawanan pertama mereka, menentang Jerman pada perlawanan kedua, manakala Hungary berada di kedudukan ketiga dengan satu mata.

Tuan rumah mendapat tamparan awal apabila kapten mereka yang juga penjaring berpengalaman, Aadam Szalai digantikan pada minit ke-26.

Dengan sorakan lebih 60,000 peminat, Hungary mendahului dengan satu gol pada masa kecederaan pada babak pertama ketika Attila Fiola bergabung dengan Roland Sallai membawa bola menuju ke gawang untuk menewaskan penjaga gol Hugo Lloris dengan rembatan rendah berdekatan gawang.



Perancis bagaimanapun menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-66 hasil sentuhan Griezmann dan jaringan itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Perancis akan berada di Budapest untuk perlawanan terakhir kumpulan menentang Portugal, manakala Hungary bertandang ke Munich untuk bertemu Jerman, yang masih berharap layak ke pusingan kalah mati.

Spain diikat Poland, Germany tewaskan Portugal 4-2


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Rahsia khusyuk dalam solat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker