Rahsia khusyuk dalam solat


Rahsia khusyuk dalam solat

Ramai orang mengabaikannya sedangkan inilah rahsia khusyuk dalam solat

“Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan Maha Suci Allah siang dan malam. Ku hadapkan muka ku kepada yang menjadikan langit dan bumi. Aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah.

Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, dan matiku, ku serahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukannya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang muslim”



Bait-bait di atas merupakan satu doa yang biasa kita baca terutama ketika memulakan solat. Doa ini merupakan doa pembukaan solat yang lebih dikenali dengan doa Iftitah. Hukum membaca adalah sunat sahaja.

Sekalipun tidak membacanya, ia tidak memberi kesan pada solat. Bermakna kita tidak perlu melakukan sujud sahwi. Akan tetapi setiap perkara yang sunat itu, apabila dilakukan maka ia mendatangkan pahala dan mendapat keredaan Allah.

Jika diperhalusi secara tersirat di sebalik makna doa Iftitah ini, ia mengandungi banyak keistimewaan kerana ia mampu menghadirkan perasaan rendah diri dan ikhlas ketika menghadap Allah S.W.T. Ayat-ayat pujian yang dinyatakan menunjukkan bahawa, kuasa Allah melangkaui segala sesuatu di alam ini.

Secara tidak langsung, kita mengakui dan berserah sepenuh jiwa raga, hanya kepada Allah tanpa meragui sedikit pun apa jua perancangan yang telah ditentukan.



“Ramai yang mengabaikan bacaan doa ini dalam solat sedangkan sesiapa yang membaca dan memahami maksudnya secara mendalam, akan menghadirkan rasa khusyuk ketika mendirikan solat”

Adapun doa iftitah sebenarnya ada banyak. Namun begitu yang paling masyhur dibaca di kalangan masyarakat kita adalah, sebagaimana bait-bait yang tertulis di atas. Sekiranya kita merujuk kepada hadis dari Abu Hurairah r.a. beliau pernah menyatakan bahawa,

“Adalah Rasulullah s.a.w. apabila telah bertakbir memasuki solat, Baginda senyap seketika sebelum mula membaca al-Fatihah. Lalu aku bertanya kepada Baginda, “Ya Rasulullah, sesungguhnya aku melihat engkau senyap di antara takbir dan bacaan al-Fatihah. Apa yang engkau ucapkan?”

Baginda menjawab, “aku membaca, Ya Allah! Jauhkan aku dari dosa-dosaku sebagaimana engkau menjauhkan timur dan barat. Ya Allah! Bersihkan daku dari dosa-dosaku sebagaimana dibersihkan pakaian putih dari kotoran. Ya Allah! Sucikanlah daku dari dosa-dosaku dengan salji, air dan embun” HR Muslim



Rahsia khusyuk dalam solat


Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Gangguan makhluk halus. Buatan orang atau buatan sendiri?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker