Isu kelahiran luar negara, pinda perlembagaan segera

SHAH ALAM – Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat baharu dilantik, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyambut baik keputusan kerajaan bersetuju cadangan meminda Perlembagaan Persekutuan bagi memberikan hak mewariskan kewarganegaraan anak-anak dilahirkan di luar negara daripada wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing.

Ujar bekas Ahli Parlimen Padang Rengas itu, cadangan yang bakal dibentangkan dalam sidang Parlimen pastinya akan mempermudahkan kerja beliau dan duta-duta lain di seluruh negara sekiranya diluluskan dengan menerima sokongan dua pertiga ahli Parlimen.

Tegasnya, isu kewarganegaraan anak-anak lahir luar negara ini merupakan antara isu penting yang dibangkitkan oleh rakyat Malaysia kepada mana-mana kedutaan negara ini di luar negara atas dasar tuntutan hak asasi manusia.

“Saya mengalu-alukan dan memberi sokongan kuat di atas keputusan Jemaah Menteri malam tadi (Jumaat). Ini satu perkara tepat dan betul.

“Sepatutnya tidak boleh wujud dalam Perlembagaan Persekutuan, mana-mana peruntukan yang jelas mendiskriminasikan hak asasi kaum lelaki dan wanita di Malaysia,” ujarnya kepada Sinar Premium.

Manifesto pilihan raya Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) juga menjanjikan pindaan perlembagaan yang akan memberi bapa dan ibu hak untuk memberikan kerakyatan kepada anak-anak mereka.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Meerqeen dah ‘level’ lain

Ini ke penyondol kacau rumah tangga Hafidz Roshdi?

‘Lepas Cerai, Sha Nak Something Different’ – Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker