Tong gas meletup ketika tanak nasi


Tong gas meletup ketika tanak nasi. Bahaya betul kalau tong gas meletup.

KOTA BHARU – Empat mangsa kebakaran termasuk bayi berusia lima bulan dan seorang warga emas terselamat selepas tiga buah rumah dan sebuah kedai makan di Jalan Binjai-Bukit Marak, Padang Bongor di sini terbakar, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.20 tengah hari itu, bayi perempuan, Nik Norafia Azahra Mohd. Affandi yang berada di dalam rumah berjaya diselamatkan ibunya, Tuan Salbiah Tuan Ismail, 37, selepas terdengar letupan dari arah kedai makan milik ibunya yang terletak di sebelah rumah.

Tuan Salbiah yang melecur pada tangan kiri berkata, sebaik terdengar letupan, dia bergegas keluar sebelum melihat api marak membakar kedai yang terletak di hadapan rumah.

“Pada masa sama, ibu, Siti Heni Abdullah, 62, bergegas menyelamatkan datuk yang sudah uzur kerana bimbang terperangkap dalam kebakaran kerana api marak terlalu cepat kerana rumah diperbuat daripada papan.

“Sebelum kejadian berlaku, ibu sedang memasak nasi di kedainya sebelum meninggalkan dapur untuk melihat anak saya di dalam ‘baby walker’ yang baru dibeli beberapa jam sebelum kejadian,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian di sini hari ini.

Ujarnya, secara tiba-tiba letupan berlaku dari bahagian dapur kedai sebelum ia merebak ke rumahnya dan dua buah rumah.

Kejadian itu menyebabkan ibunya mengalami kerugian yang dianggarkan mencecah RM300,000. K Online

Tong gas meletup ketika tanak nasi


Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pemandu lori maut dipanah petir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker