Vaksin berbayar mungkin dipasarkan seawal September


Vaksin berbayar mungkin dipasarkan seawal September

Vaksin berbayar oleh syarikat swasta mungkin menjadi kenyataan seawal September, sekali gus mempercepatkan proses vaksinasi negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Yong Tai Bhd., Datuk Wira Boo Kuang Loon berkata, vaksin COVID-19 yang dibangunkan Shenzhen Kangtai dari China telah menerima kelulusan kerajaan Malaysia untuk ujian klinikal fasa ketiga.

Beliau berkata, dengan jangkaan bahawa ujian klinikal fasa ketiga selesai pada awal Ogos, syarikatnya boleh membawa masuk vaksin paling cepat pada September sekiranya kelulusan daripada kerajaan berjalan lancar.

“Dengan kelulusan yang diterima, kami boleh membekalkan vaksin kepada syarikat swasta, hospital, kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan malahan kepada negara-negara Asia Tenggara.

“Rakyat Malaysia juga boleh menunggu vaksin percuma kerajaan atau memilih untuk beli vaksin,” katanya kepada Sinchew Daily.

Katanya, dalam keadaan kecemasan, kerajaan harus membenarkan golongan yang mampu untuk membeli vaksin supaya vaksin percuma yang ada digunakan untuk membantu orang yang memerlukannya.

Yong Tai Bhd. pada awal tahun ini telah menandatangani perjanjian dengan Shenzhen Kangtai untuk menerima bekalan 10 juta dos vaksin yang boleh ditambah sebanyak 10 juta dos lagi jika keadaan memerlukan.

Menurut Kuang Loon, vaksin Shenzhen Kangtai telah menerima kelulusan penggunaan kecemasan daripada kerajaan China pada 14 Mei dan vaksin itu digunakan di China mulai 1 Jun.

Di Malaysia pula, kerajaan pada 31 Mei membenarkan Yong Tai Bhd. menjalankan ujian klinikal fasa ketiga.

Syarikat itu sedang mendapatkan 3,000 orang untuk tujuan klinikal fasa ketiga dan tujuh hospital akan dilibatkan dalam ujian itu.

Ujian klinikal itu juga akan dijalankan melalui kerjasama dengan kilang-kilang tertentu. MG

Vaksin berbayar mungkin dipasarkan seawal September


Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Parlimen perlu bersidang secepat mungkin – Agong

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker