Pedofil diberkas kongsi gambar porno kanak-kanak

Sebaran :


Pedofil diberkas kongsi gambar porno kanak-kanak

Kemaruk kongsi gambar porno kanak-kanak, lelaki pedofil diberkas.

Padah membuat perkongsian pornografi kanak-kanak, seorang lelaki ditahan polis Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Mohd Zaid Hassan, berkata suspek lelaki berusia 19 tahun dipercayai terlibat dalam kegiatan pornografi di internet dan mempromosi pelbagai aktiviti seksual kanak-kanak melalui media sosial.

“Hasil serbuan polis merampas sebuah telefon bimbit milik suspek yang dipercayai mengandungi gambar dan video bagi tujuan mempromosikan aktiviti tidak bermoral ini kepada umum dan pihak tertentu,” katanya dalam kenyataan.

Difahamkan, suspek ditahan pada 6 petang di sebuah rumah di Semenyih.

Susulan itu, suspek direman bermula Khamis lalu hingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali,” kata Zaid. FMT

Polis merampas sebuah telefon bimbit milik suspek yang dipercayai mengandungi gambar dan video bagi tujuan mempromosikan aktiviti tidak bermoral itu kepada umum dan pihak tertentu.

Pedofil diberkas kongsi gambar porno kanak-kanak

Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Restoren perlu surat kebenaran MITI ke?


Sebaran :

Leave a Reply