Bintang Gegar Vaganza 8 Nikki Palikat Dimasukkan Ke Hospital

Bintang Gegar Vaganza 8 Nikki Palikat Dimasukkan Ke Hospital

BINTANG Gegar Vaganza (GV) 8, Nikki Palikat dimasukkan ke Hospital Pantai, Kuala Lumpur pada pagi Rabu.

Nikki ketika dihubungi Gempak berkata, dia terpaksa ditahan di wad atas nasihat doktor kerana badan terlalu lemah.



“Sebenarnya sejak semalam lagi saya sudah berasa tidak sedap badan dan hari ini saya pergi ke hospital untuk menjalani pemeriksaan.
“Selepas itu, doktor nasihatkan saya untuk tinggal di wad sehingga badan betul-betul pulih dan sihat.

“Puncanya, badan saya terlalu lemah kerana kurang rehat. Buat masa ini doktor hanya memasukkan air dan antibiotik,” katanya.

Ditanya mengenai sesi latihan GV esok, Nikki berkata dia sudah memaklumkan keadaannya kepada penerbit dan pihak produksi.

“Saya sudah maklumkan kepada penerbit dan mereka memberi kelonggaran kepada saya untuk menjalani sesi latihan.

“Saya harap saya tidak lama di hospital dan dapat teruskan perjuangan di pentas GV8 pada Ahad ini.

“Terima kasih kepada pihak produksi dan penerbit GV8 kerana memahami keadaan saya,” katanya.-AA



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kasut Nike Nabil Ahmad berharga RM12,000

Hakim berbogel di bilik isteri orang selepas minta izin solat



Bintang Gegar Vaganza 8 Nikki Palikat Dimasukkan Ke Hospital

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker