Mahathir keluar IJN

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 3.45 petang ini selepas berjaya menjalani prosedur perubatan elektif.

IJN dalam kenyataan ringkas berkata Dr Mahathir akan menjalani proses pemulihan seterusnya di rumah.

“Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua yang mengambil berat dan mendoakan kesihatannya sejak seminggu yang lepas, apabila Dr Mahathir dimasukkan ke Institut Jantung Negara,” menurut kenyataan itu.



Dr Mahathir dimasukkan ke IJN pada 7 Januari lalu bagi menjalani prosedur perubatan elektif.

Pada 16 Disember lalu Dr Mahathir dimasukkan ke IJN untuk pemeriksaan perubatan menyeluruh dan pemantauan lanjut, sebelum dibenarkan keluar dari IJN pada jam 11.39 pagi 23 Disember. – BERNAMA


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Abu Syafiq minta Idris siasat Tuan Ibrahim dulu

Kau Sorok Celah *** Mak Kau Ke? – Diva AA Bengang Nasi Lemak KFC Tiada Ikan Bilis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker