Harga Honda Civic Baharu Bermula RM125,634

Harga Honda Civic Baharu Bermula RM125,634

Pada pertengahan bulan Disember lepas, Honda Malaysia telah membuka tempahan untuk model Honda Civic generasi ke-11 yang juga dikenali sebagai Honda Civic FE.

Awal pagi tadi, secara rasminya Honda Civic 2022 dilancarkan ke pasaran Malaysia. Difahamkan sejak tempahan dibuka pada tahun lalu, sebanyak 1,200 unit tempahan diterima dan Honda Malaysia menyasarkan jualan sebanyak 900 unit sebulan.



Untuk model baharu kali ini, Honda Malaysia menawarkan tiga varian dengan model asas Civic 1.5L E berharga RM125,635, Civic 1.5 V (RM138,043) dan model berspesifikasi tinggi Civic RS pada harga RM144,350.

Harga yang ditawarkan tersebut tidak termasuk insurans dan telah ditolak rebat cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kerajaan yang sah sehingga 30 Jun. Setiap pembelian disertakan dengan waranti lima tahun, perbatuan tanpa had dan lima servis dengan kos buruh percuma hanya di Honda Malaysia sahaja.

Model Honda Civic FE hadir dengan standard enjin 1.5 liter turbo VTEC dipadankan dengan transmisi CVT yang menghasilkan 179hp dan 240Nm tork. Ia mampu memecut 0-100km/j dalam masa sekitar 8.5 saat bergantung pada jenis varian. Manakala penggunaan bahan api pula, 6.0 liter setiap 100km untuk varian E dan V dan 6.3 liter setiap 100km untuk varian RS.

Setiap varian model ini juga dilengkapi dengan pelbagai teknologi keselamatan Honda Sensing terkini seperti sistem bantuan pemandu, bantuan brek kecemasan, kawalan pelayaran adaptif, bantuan kekal lorong tengah, bantuan lampu high beam, amaran pelanggaran bahagian hadapan dan pelbagai lagi.



Menurut laman Paultan.org, penghantaran kereta ini kepada pelanggan akan bermula pada minggu hadapan, dengan masa menunggu dijangka antara satu hingga dua bulan bergantung pada varian.

Jika anda berminat untuk menempah model Civic terbaharu ini, anda boleh kunjungi mana-mana pengedar sah Honda di seluruh Malaysia atau hubungi talian bebas tol 1-800-88-2020 atau layari laman web www.honda.com.my.

Harga Honda Civic Baharu Bermula RM125,634


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Abu Syafiq minta Idris siasat Tuan Ibrahim dulu

Kau Sorok Celah *** Mak Kau Ke? – Diva AA Bengang Nasi Lemak KFC Tiada Ikan Bilis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker