Rajinikanth bertemu dengan Anwar

Rajinikanth bertemu dengan Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan daripada bintang filem terkenal dari India, Rajinikanth di pejabatnya hari ini.

Anwar berkata, kunjungan tersebut adalah sebagai penghormatan kepadanya terhadap perjuangnya yang terkait isu kesengsaraan dan penderitaan rakyat.



“Hari ini saya menerima kunjungan bintang filem India, Rajinikanth yakni satu nama yang tidak asing lagi di pentas dunia seni Asia dan antarabangsa.

“Saya hargai penghormatan yang diberikan beliau terhadap perjuangan saya khasnya terkait isu kesengsaraan dan penderitaan rakyat,” tulisnya di laman Facebook.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, pertemuan itu turut membincangkan elemen kemasyarakatan yang diperjuangkan untuk dimasukkan dalam filem-filem Rajinikanth kelak.

“Dititipkan doa agar Rajinikanth terus cemerlang dalam lapangan dan dunia perfileman,” katanya.



Sebelum ini, Rajinikanth pernah beberapa kali ke Malaysia termasuk mempromosikan filem Kabali yang turut mengadakan penggambaran di Malaysia.

Kabali ialah filem ke-159 lakonan legenda filem Tamil itu, dan pelakon itu membawakan watak ketua mafia, mengambil inspirasi daripada kisah benar yang pernah diangkat ke layar perak berjudul Departed lakonan Jack Nickholson.

Filem tersebut ditayangkan pada 14 April 2016 turut membariskan tiga pelakon tempatan iaitu Datuk Rosyam Nor, Norman Hakim serta Zack Taipan turut diundang membintangi filem gangsterisme itu. K Online

Rajinikanth bertemu dengan Anwar



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mana Malique sembunyi?



Hanya saya dan Aslam saja tahu perkara sebenar – Marissa Dania

Aslam, jom jumpa



Konsert bercampur lelaki wanita di Jom Heboh KB, Kerajaan PAS Kelantan membisu

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker