Lelaki maut tercampak keluar kereta, kenderaan rentung

Lelaki maut tercampak keluar kereta, kenderaan rentung

Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera apabila kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum terbakar di Kilometer P5.1 Lebuhraya Elite, Putrajaya Link, Cyberjaya hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya Mohamad Rashid Mohamad Said berkata dalam kejadian jam 9.50 pagi itu, kereta jenis Honda City yang dipandu Ong Ka Hou, 26, terbabas ke bahu kanan lebuh raya sebelum terbakar 100%.



“Akibat kemalangan itu Ong, yang beralamat di Ulu Yam Baru, Selangor, tercampak keluar dan maut di tempat kejadian.

“Rakan mangsa yang cedera pula telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba,” katanya dipetik Bernama.

Mohamad Rashid berkata rakan mangsa yang cedera belum dikenal pasti identitinya kerana dokumen pengenalan diri turut terbakar di dalam kereta itu.

Menurutnya, lelaki terbabit telah dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan.



“Pasukan bomba tiba di tempat kejadian pada 10.18 pagi dan berjaya mengawal kebakaran pada 11.15 pagi,” katanya.

Jumlah kerugian dan punca kebakaran masih disiasat, manakala mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, katanya. FMT

Lelaki maut tercampak keluar kereta, kenderaan rentung


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Nabil akui ujian ini amat besar



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker