Paling pantang Azwan petik nama mak – Rozita

Paling pantang Azwan petik nama mak – Rozita

‘Janganlah petik yang aneh-aneh’

KONTROVERSI perbalahan bersama pengacara popular Azwan Ali yang mengheret selebriti versatil Rozita Che Wan ke bilik soal siasat polis Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields baru-baru ini, sebenarnya menyerlahkan kepada semua, betapa wanita yang tidak lekang dengan bulu mata lentik itu miliki ketegasan yang selamanya terlilit kemas dalam kelembutan sikapnya.



Rozita atau mesra disapa sebagai Che Ta. Sepotong nama yang mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi kepada umum. Sebut sahaja namanya, pasti fikiran akan terus melayang dan terlintas tentang fesyen versatil yang sering digayakan tuan empunya diri.

Tak kisahlah walau ke mana waima cuma berada di rumah, itulah cara dan personaliti yang sering ditampilkan wanita asal Kedah itu.

Bukan satu perkara baharu atau sengaja dibuat-buat, tetapi itulah identiti dan simbolik seorang wanita berkarisma, bukan sahaja pelakon bahkan seorang usahawan berjaya.

Gaya dan penampilannya sentiasa menjadi buah mulut ramai, tak kurang juga yang terinspirasi mahu menjadi seperti tuan punya badan.



Sebutkan apa sahaja kisah Che Ta yang tidak diceritakan media, namun apa yang berlaku baru-baru agak mengejutkan.

Barangkali ibu kepada tiga cahaya mata itu sendiri tidak menyangka, kecenderungan melaram ketika mahu mendapatkan suntikan vaksin mencuri perhatian ramai.

Dipuji dan menjadi bahan usikan netizen itu perkara biasa, namun sesuatu yang janggal apabila kecaman paling hebat diterimanya keluar daripada mulut kenalan yang saling mencari makan dalam industri sama.

Semuanya berpunca daripada kecenderungan menulis dan melemparkan komen melampau dalam media sosial. Selain rasa puas hati dapat meluahkan sesuatu secara peribadi, natijahnya kemarahan dalam media sosial ternyata mengundang impak.



Che Ta kini terjebak dalam kemelut tersebut, mengekori apa yang berlaku antara penyanyi Siti Nordiana dengan lima individu termasuk Lan Solo, Syura Badron dan tiga lagi individu lain.
Impaknya, saman berjumlah RM2.5 juta menanti untuk dibicarakan.

Sama tetapi tidak serupa. Pertelingkahan yang diawali komen menyakitkan hati, penggunaan bahasa kesat akhirnya menjerumuskan Che Ta ke dalam episod berbalas amarah menerusi media sosial sehingga kenyataannya disifatkan satu fitnah oleh Azwan atau Diva AA.

Berani kerana benar. Che Ta tidak gentar apabila hadir memberikan kerjasama kepada pihak polis selepas dipanggil untuk disoal siasat berhubung satu laporan yang dikemukakan Diva AA terhadap dirinya.



Pantang, kompromi

Baginya, untuk apa berasa takut sedangnya perbuatan pihak lawan secara terang-terangan berbaur kesat, lucah dan turut mengheret nama si ibu yang langsung tidak bersalah.

“Jujurlah saya tak pernah nak sangka perkara itu akan jadi seperti ini. Tapi itulah benda dah jadi.

“Kalau ikutlah, saya sebetulnya tidak mahu isu tersebut terus berpanjangan, tetapi saya hanya menegakkan situasi bahawa saya tidak pernah mengganggu orang lain,” katanya kepada Pose.

Tambah isteri kepada pelakon Zain Saidin itu, dalam keadaan semua sedang bergelut untuk meneruskan kehidupan mendepani dilema Covid-19 yang berpanjangan, sepatutnya perkara sedemikian tidak berlaku.




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Dalam keadaan dunia serba tidak kena sekarang ini, usahlah kita cipta musuh dan janganlah kita terlalu mudah untuk keluarkan kata-kata kesat, apatah lagi memainkan perasaan orang.

“Orang tak pernah kacau dan ganggu gugat kita, jadi jangan pula kita buat begitu. Lebih baik kita ambil pendekatan untuk jaga adab dan budi. Itu jauh lebih baik,” ujarnya.



Jelas pelakon drama Kak Marr itu lagi, dia hanya bertindak atas kapasiti mempertahankan diri sebagai manusia biasa yang pasti akan ada amarah jika dimomokkan dengan perkara-perkara keji itu.

“Mula-mula saya fikirkan dia (Azwan Ali) buat perkara tersebut sebagai gurauan atau mungkin akaun Twitternya yang digodam.

“Tetapi ternyata fikiran saya meleset. Ungkapan tersebut betul-betul ditujukan buat saya. Paling pantang, dia turut babitkan nama ibu saya dengan menulis perkataan kesat.

“Kalau saya seorang sahaja yang terbabit tak mengapa, tapi awas kalau berani usik benda yang aneh-aneh. Jangan sesekali main petik nama ibu saya yang langsung tiada kaitan dalam isu ini,” tegasnya.
Ujar Che Ta, dia terbuka dan bersedia untuk berkompromi dengan Azwan seandainya bekas pemgacara program lagu Cinta Cinta Kita itu juga berniat mahu menoktahkan kemelut tersebut melibatkan undang-undang.

Tambah bekas pramugari itu, dia bukanlah jenis manusia yang dilahirkan untuk suka bermusuhan. Perkata tersebut cukup disedari, terutama rakan dan keluarga terdekat.

Kelangsungan

Berkongsi lanjut, ibu si cilik popular, Aaisyah Dhia Rania tidak menafikan anak seni sepertinya turut tidak terkecuali daripada terkena tempias impak Covid-19.

Dek keterbatasan pergerakan dan tidak dapat melakukan kerja-kerja seni seperti penggambaran, dia enggan sekadar berpeluk tubuh demi kelangsungan hidup.

“Nak atau tak, kena teruskan hidup macam biasa. Saya bersyukur rezeki yang dikurniakan tidak putus hingga hari ini.

“Alhamdulillah selain masih diberi kepercayaan untuk menjadi duta produk kecantikan, rezeki saya turut ada dengan membuat ulasan dan kempen berbayar dalam media sosial.

“Pada masa sama, saya bersyukur perniagaan makanan seperti kek lapis pandan Cheese @daridapoqcheta yang pada awalnya hanya sebagai hobi untuk mengisi masa lapang sepanjang pandemik juga disambut baik,” katanya.

Menutup perbualan, Che Ta sempat berkongsi perkembangan karier, dia akan ke Perlis hujung bulan ini untuk penggambaran drama terbaharu. K Online

Paling pantang Azwan petik nama mak – Rozita

Nabil akui ujian ini amat besar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker