Guru direman rogol pelajar

Guru direman rogol pelajar

TAWAU: Seorang guru sebuah sekolah menengah di daerah ini direman tujuh hari bagi membantu siasatan kerana disyaki merogol pelajarnya berusia 16 tahun kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, berkata suspek berusia 36 tahun ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau di kawasan siar kaki berhampiran premis di Kompleks Fajar, jam 9.58 malam tadi.



Beliau berkata, tangkapan ke atas suspek susulan laporan dibuat oleh mangsa yang mendakwa dirogol oleh gurunya.

“Mangsa, anak sulung daripada enam beradik yang juga pelajar Tingkatan Empat mendakwa dirogol dalam bilik rumah guru itu di sebuah taman perumahan di Batu 8 Jalan Apas, antara jam 2.30 hingga 4.45 petang kelmarin.

“Ketika kejadian suspek meminta mangsa melakukan seks oral, sebelum melakukan hubungan seks tanpa kerelaan mangsa,” katanya ketika dihubungi.

Jasmin berkata, siasatan awal mendapati mangsa dan suspek tidak menjalin hubungan cinta melainkan hubungan sebagai pelajar dan guru sahaja.



Bagaimanapun, katanya, mangsa mengaku suspek pernah beberapa kali memintanya melakukan seks oral ketika keluar berdua-duaan antara Ogos tahun lalu sehingga 18 Oktober lalu.

Terdahulu, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret pagi tadi untuk permohonan perintah reman.

Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin, membenarkan suspek ditahan reman tujuh hari bermula hari ini seperti dipohon Pegawai Penyiasat, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau Inspektor Aslinah Asikin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 377 (C) Kanun yang sama. BH

Guru direman rogol pelajar



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara



Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)



Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker