PCS mahu jalin kerjasama dengan GRS dan blok parti Persekutuan

 

Parti Cinta Sabah (PCS) bersedia membentuk rakan sekutu dengan parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) atau Persekutuan jika ia memberi manfaat kepada semua pihak termasuk rakyat di negeri ini.

Bagaimanapun, Presidennya, Datuk Seri Anifah Aman berkata, pihaknya akan meneliti kerjasama itu mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.



“Tengok keadaan, kalau mereka letak syarat, kalau masuk jangan minta itu, minta ini, jangan suara ini, tiada point juga. Jadi mungkin ikut terma dan syarat.

“Kalau sekiranya ia baik untuk parti, baik untuk kita, baik untuk rakyat, kita akan pertimbangkan. Kalau kata gabungan atau bersekutu, kita mesti sebagai ‘equal partner’ itu yang kita mahu tahu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, baru-baru ini.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Kimanis turut mencadangkan supaya parti tempatan di negeri ini bergabung dalam sebuah gabungan yang didaftarkan bagi menuntut hak rakyat Sabah.

“Ini saya harap apabila mereka masuk GRS, mereka daftarkan jadi bolehlah orang kita berjuang untuk Sabah tetapi kita mesti ada diplomasi juga.



“Kita bukan mahu berkonfrontasi tetapi kita bersama cuma Kuala Lumpur (Persekutuan) harus beri kita penghormatan.

“Kita kena bekerja dengan parti dari Persekutuan sebab kalau kita bekerja dengan Sarawak pun tidak mencukupi,” katanya.

Diminta mengulas pandangan beliau berhubung cadangan untuk mendaftarkan GRS sebagai gabungan parti yang rasmi, beliau yang juga bekas Menteri Luar bersetuju dengan perkara itu.

“Ia bagus dari awal saya katakan, kita bukan ketepikan UMNO tetapi kita terus kepada GRS iaitu semua parti adalah ahli sama ada Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan lain-lain dengan menggunakan lambang sama,” katanya.



PCS mahu jalin kerjasama dengan GRS dan blok parti Persekutuan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali



Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker