Memalukan! Manchester United tersingkir

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ralf Rangnick nyata tidak berpuas hati dengan perubahan peraturan melibatkan bola yang terkena tangan pemain ketika menyaksikan pasukannya tersingkir daripada saingan Piala FA.

Awal pagi semalam, United tewas menerusi penentuan sepakan penalti 7-8 kepada Middlesbrough pada aksi pusingan keempat selepas terikat 1-1 pada masa sebenar perlawanan di Old Trafford.

Cristiano Ronaldo berpeluang meletakkan United di hadapan pada minit ke-20, namun gagal menyempurnakan sepakan pe­nalti sebelum Jadon Sancho meledak gol pembukaan kira-kira lima minit kemudian.



Bagaimanapun, Boro berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi, Matt Crooks yang mencetuskan kontroversi apabila bola terlebih dahulu terkena tangan Duncan Watmore sebelum dia melakukan hantaran lintang yang menghasilkan gol tersebut.

“Bagaimana situasi itu tidak dianggap sebagai kesalahan jika pemain itu mengawal bola dengan menggunakan tangan? Ia jelas bahawa jaringan tersebut tidak patut disahkan tetapi sesuatu yang mengejutkan de­ngan keputusan pengadil.

“Kami bolos dengan jaringan yang membuatkan saya bingung. Dia mengawal bola dengan tangan dan ketika jaringan itu dibuat. Ketika jaringan itu dilakukan, Video Bantuan Pengadil (VAR) sepatutnya mampu mengesan kesalahan itu dan membatalkan gol berkenaan,” jelasnya.

Peraturan baharu mengenai insiden bola yang terkena tangan telah dikuatkuasakan oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB) bermula Jun 2019 yang menyebut bahawa jika bola terkena tangan pemain dan kemudian pemain ber­kenaan dengan segera melakukan hantaran yang disudahkan oleh rakan sepasukan lain, jaringan itu dikira sah.



Pada penentuan sepakan pe­nalti, nasib nyata tidak menyebe­lahi United apabila Anthony Elanga gagal menyempurnakan sepakan berkenaan menyebabkan pasukannya terpaksa melupakan saingan Piala FA musim ini. – AGENSI

Memalukan! Manchester United tersingkir


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali

Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker