Mayat terbiar bergelimpangan di Gaza

Situasi kehidupan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza terus memburuk apabila ada pelarian bukan sahaja terpaksa tidur bersama mayat ahli keluarganya yang terkorban bahkan banyak mayat bergelimpangan di hampir keseluruhan wilayah bergolak tersebut kerana tidak dapat dikebumikan.

Dalam keadaan yang semakin sukar, keutamaan rakyat Palestin kini bukanlah keperluan asas seperti makanan, air, elektrik jauh sekali rangkaian internet sebaliknya mereka perlu untuk terus hidup.

Begitulah gentingnya keadaan kehidupan kira-kira 2.3 juta rakyat Palestin pada hari ke-65 kezaliman rejim Zionis terhadap penduduk di Semenanjung Gaza yang sehingga hari ini tidak berkesudahan.

Berkongsikan keadaan tersebut kepada Utusan Malaysia, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata, rakyat Palestin kini diasak sehinggakan hampir 1.9 juta daripada mereka kini berlindung di sekitar Rafah.

Menurutnya, rejim Zionis kini menfokuskan operasinya di tiga kawasan utama iaitu utara Gaza di Jabalia, Bandar Gaza serta kawasan selatan di Khan Younis.

“Sebelum ini, orang Palestin lari meninggalkan kediaman masing-masing menuju ke Khan Younis dan Rafah untuk berlindung tetapi kini hampir semua mereka terpaksa berpindah ke Rafah.

“Pada masa sama, berdasarkan maklumat dari saudara-mara yang masih berada di Gaza, mereka mengatakan bahawa ada cubaan daripada rejim Zionis untuk menghalau rakyat Palestin menuju ke Sinai, Mesir tetapi kerajaan Mesir masih tidak membenarkannya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, lelaki Palestin juga kini menjadi sasaran tentera Zionis untuk proses ‘pemutihan’ bagi mendapatkan maklumat perg

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Ella ‘lost’ nak pilih juara

GV10: Jaclyn Victor juara

GV10: Liza Hanim layak jadi juara – Hetty Koes Endang

Notis jabatan kerajaan: ‘Jangan skandal dengan suami, isteri orang’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker