Anak buang ibu bapa uzur di hospital nak sambut raya

Anak buang ibu bapa uzur di hospital nak sambut raya

Wujud segelintir anak-anak kejam yang sanggup meninggalkan ibu bapa tua dan uzur di hospital sewaktu musim perayaan, manakala mereka pula bergembira menyambut Aidilfitri.

Perkara itu dikongsikan oleh dua petugas kesihatan menerusi TikTok dikenali sebagai Dr. Amirah Azlan serta seorang jururawat lelaki yang menggunakan akaun AyieTDF (HIV/AIDS Counselor).



Menerusi video dimuat naik Dr. Amirah, beliau memberitahu pada minggu ketiga dan keempat bulan puasa adalah sangat kritikal berikutan ada anak-anak yang pulang ke kampung serta menghantar ibu bapa ke hospital kononnya sakit.

“Contoh ibu ayah lumpuh, tak boleh bergerak dan mereka hantar ke hospital dengan alasan macam-macam. Kadangkala mereka tak beri minum dan makan serta sampai ke hospital, gula rendah sangat, badan lembik tak ada air.

“Jadi kena masuk wad dan kalau pun sudah sembuh sebelum raya, mereka tidak akan ambil, mati-mati nak ambil selepas raya,” katanya bercerita pada hantaran video tersebut baru-baru ini.

Dalam masa sama, beliau memahami ada anak-anak yang terpaksa menghantar ibu bapa uzur ke rumah orang tua secara harian ketika bekerja serta menjemputnya pada waktu petang untuk pulang ke rumah.



“Yang saya tak faham ialah yang hantar hospital ni, tak mampu jaga sendiri kononnya sedangkan tak kerja pun. Saya ada satu cerita sewaktu HO (housemanship) dulu. Masuk hospital dah berbulan-bulan tak keluar.

“Dia buat pembedahan otak buang darah beku dan sudah lumpuh sepenuhnya. Hanya boleh gerak mata, sayu tengok makcik tu. Minta anak datang ambil, tapi alasan macam-macam, tak reti beri makanlah, tak reti cucilah. Kita cakap boleh buat dekat klinik dan makan tu, kita ajar berkali-kali, tapi dia kurang ajar juga.

“Paling saya sedih, bila dah gaduh tu, keluar air mata makcik tu. Saya lap air mata dia dan saya cakap, ‘makcik dunia ni memang tak adil, mungkin tempat makcik di syurga, ni bahagian makcik di dunia’. Petang itu makcik meninggal, jadi jangan buat macam itu pada mak ayah,” katanya dengan nada sebak.

Kenyataan Dr. Amirah turut diakui oleh AyieTDF (HIV/AIDS Caounselor) yang menceritakan di hujung bulan Ramadan, terdapat ramai anak-anak menghantar ibu bapa mereka yang uzur dengan pelbagai penyakit ke hospital.



“Maaf saya terpaksa menggunakan terma ‘anak tanggang’ sebab betul, itu fakta di hujung Ramadan ini, akan ramai anak-anak hantar emak ayah uzur ada penyakit dan mungkin lumpuh ke hospital.

“Sebab nak mudahkan urusan mereka balik kampung bercuti dan sebagainya. Macam mana dia orang senang-senang ‘check in’ hospital? Okay tengok video Dr. Amirah. Ada sampai tahap tak bagi makan minum beberapa hari sampai mak ayah kurang air sebagainya, mungkin kurang zat.

“Bila dah lumpuh, ada masalah lain tak cukup makan sebagainya, memang bila pergi kecemasan akan dirujuk masuk ke wad,” katanya.

Jelasnya, selain perayaan Aidilfitri, situasi tersebut turut melibatkan cuti perayaan lain termasuk Tahun Baharu Cina yang akan mengambil masa dua atau tiga hari bercuti. K Online



Anak buang ibu bapa uzur di hospital nak sambut raya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerai kerana anak – Syamsul Yusof



Najib boleh mohon ampun, walaupun ada lagi tiga kes dalam perbicaraan

Dalai Lama minta budak cium dan hisap lidah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker