Pemuda DAP bidas Menteri, dakwa buat majlis cuci otak pada mahasiswa

Menteri Pengajian Tinggi Mohamed Khalid Nordin mempertahankan majlis dialog bersama mahasiswa baru-baru ini yang turut menampilkan dirinya.

Ini selepas beberapa pihak, antaranya Adun Tanah Rata Ho Chi Yang yang mendakwa majlis dialog itu cuma ‘sesi cuci otak’ terhadap mahasiswa dalam isu pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971.

Khaled berkata Ho (gambar, bawah) bebas memberikan pandangannya walaupun tidak semestinya dikongsi oleh orang lain.



“Dia boleh berkata apa-apa sahaja,” kata Khaled kepada Malaysiakini ketika diminta mengulas kritikan tersebut.

“Ramai yang hadir tidak berpendapat seperti Adun tersebut,” katanya lagi apabila ditanya jika ia akan memberikan imej negatif kepada kementeriannya.

Kelmarin, Ho berkata sesi dialog yang berlangsung selama dua jam itu didakwa mengetepikan soalan berkenaan pemansuhan Auku yang dibangkitkan mahasiswa.

Dakwa Ho yang juga ketua biro hal ehwal mahasiswa Pemuda DAP berkata sesi yang diadakan di Putrajaya itu hanyalah platform untuk para pegawai menayangkan pencapaian penunjuk prestasi utama kementerian itu.



“Kementerian Pengajian Tinggi jelas tidak berniat untuk mendengar tuntutan pelajar untuk memansuhkan Auku.

“Mereka mengelak banyak soalan tajam daripada pelajar dan enggan menangani tuntutan untuk memansuhkan undang-undang zalim.

“Akibatnya, ramai pelajar tidak berpuas hati dan kecewa,” katanya.

Berdasarkan pemerhatian sewaktu membuat liputan sesi dialog tersebut, meskipun Khaled hadir sepanjang majlis dialog itu, dia tidak menjawab majoriti soalan yang diajukan.



Sebaliknya Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi Husaini Omar yang menjawab soalan-soalan yang diajukan siswa

Rasa tidak puas hati jawapan berhubung Auku itu kemudian disuarakan oleh hadirin, dengan ramai siswa meninggalkan sesi dua jam itu dengan perasaan kecewa, mendakwa maklum balas kementerian sebenarnya tidak menjawab soalan mereka.

Ada di antara mereka yang melihat sesi itu diadakan untuk mendapatkan sokongan daripada universiti untuk mengekalkan Auku, kerana tidak menjawab soalan akta tersebut, sebaliknya mendakwa pihak kementerian sudah menyediakan jawapan mereka.

Bagaimanapun, dalam sidang akhbar lewat hari itu, Khaled berkata pindaan terhadap Auku berkemungkinan akan dibentangkan di Dewan Rakyat tahun ini, dengan draf rang undang-undangnya terlebih dahulu dihantar ke Jabatan Peguam Negara untuk kelulusan pada pertengahan Jun.



Untuk rekod, memansuhkan Auku merupakan salah satu janji manifesto PH pada pilihan raya umum lalu. Namun, kerajaan sekarang turut menggabungkan BN – yang pernah menjadi penyokong Auku pada masa lalu.

Khaled yang juga pemimpin utama BN sebelum ini berkata kerajaan tidak bercadang untuk memansuhkan Auku.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerai kerana anak – Syamsul Yusof

Najib boleh mohon ampun, walaupun ada lagi tiga kes dalam perbicaraan

Dalai Lama minta budak cium dan hisap lidah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker