PAS Perak Tawar Tajuddin Bertanding Atas Tiket PN [VIDEO]

PAS Perak Tawar Tajuddin Bertanding Atas Tiket PN [VIDEO]

Pas Perak menawarkan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman untuk bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) mewakili parti Islam itu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menurut Pesuruhjayanya Razman Zakaria, tawaran tersebut dibuka sekiranya kerusi Parlimen Pasir Salak menjadi milik Pas dalam pembahagian kerusi bersama parti komponen PN.

“Seperti yang dikatakan, Pas tidak turut campur dalam urusan parti-parti lain. Bagaimanapun, seperti yang diketahui dan diuar-uarkan, PRU akan berlaku pada bila-bila masa.

“Ini bukan sahaja daripada kalangan pemimpin kluster mahkamah, kenyataan tersebut juga keluar daripada Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob).

“Maka, sekiranya perkara ini berlaku dan Tajuddin tidak diberi tempat dalam Barisan Nasional (BN), maka Pas Perak sedia menawarkannya untuk bertanding di atas tiket PN, mewakili Pas.

“Ia sekiranya Pasir Salak itu menjadi milik Pas dalam pembahagian kerusi di antara parti-parti komponen,” katanya menerusi satu muat naik video di Twitter, pada Jumaat.

Pada Khamis, Astro AWANI melaporkan, Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak digugurkan daripada menganggotai Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Sumber dalaman UMNO mengesahkan pengguguran itu, sambil menambah, ia sudah dimaklumkan Setiausaha Agung parti Datuk Seri Ahmad Maslan dalam satu surat yang dikeluarkan pada Selasa.-AA

PAS Perak Tawar Tajuddin Bertanding Atas Tiket PN [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor bidas pemimpin DAP hasut rakyat berdemo

Stress Tengok Cara Peniaga Di Thailand Kupas Durian (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker