Sudah pandu mabuk, cuba rasuah polis pula

Sudah pandu mabuk, cuba rasuah polis pula

Seorang warga Malaysia dipenjara empat minggu dan denda SGD5,000 (RM15,800) oleh mahkamah di Singapura kerana cuba merasuah anggota polis trafik untuk mengelak ditahan selepas mengalami kemalangan ketika menunggang motosikal dalam keadaan mabuk.

Krishna Rao Narisama Naidoo, 35, mengaku salah atas tiga pertuduhan termasuk berkaitan rasuah serta memandu di bawah pengaruh alkohol.



Dia turut dilarang memandu selama 30 bulan, selain perlu menjalani hukuman penjara tambahan selama lima minggu kerana tidak dapat menjelaskan dendanya.

Mahkamah diberitahu, dalam kejadian 21 Nov tahun lalu itu, Krishna meminum tiga tin bir di rumahnya sebelum keluar menuju ke tempat kerjanya di Pioneer Place. Di lokasi itu, dia meminum dua lagi tin bir sebelum pulang ke rumah menaiki motosikal, pada 10 malam.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya Sunil Nair, Krishna terlelap dalam perjalanan pulang, seterusnya hilang kawalan dan terjatuh. Polis yang dihubungi orang awam kemudian datang menyiasat kejadian dan mendapati bau alkohol yang kuat pada Krishna.

Bagaimanapun, selepas mengakui dia mabuk dan menjalani ujian pernafasan alkohol, Krishna cuba menghulurkan SGD5 dan kemudian SGD50 kepada anggota berkenaan dengan berkata: “Kamu ambil ini, kita tutup kes dan saya pulang ke rumah dan tidur.”



Akibatnya anggota polis terbabit terus menahan Krishna.

Dalam rayuan bagi meringankan hukuman, Krishna berkata dia perlu menjaga isterinya yang tidak sihat dan hamil.

Ketika menjatuhkan hukuman Hakim Eugene Teo berkata: “Memang keadaan kamu sukar, namun tuduhan rasuah ini amat serius.” FMT

Sudah pandu mabuk, cuba rasuah polis pula




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


5 anggota polis disyaki curi barang kemas ketika serbuan



Sharifah Sakinah dikecam jahil samakan tandas dengan syurga

Kecoh Britney Spears belanja gambar bogel



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker