Tetak lelaki dengan parang hingga cedera, pengurus tapak didakwa di mahkamah
Tetak lelaki dengan parang hingga cedera, pengurus tapak didakwa di mahkamah

SEREMBAN: Seorang pengurus tapak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dakwaan mencederakan seorang lelaki menggunakan parang, Isnin lalu.
Bagaimanapun, tertuduh, R Suresh Khanna, 47, yang videonya tular melibas mangsa, B Nagarajah, 40, menggunakan parang di sebuah pusat beli-belah mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Datin Surita Budin selepas pertuduhan dibacakan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja menyebabkan cedera parah kepada mangsa menggunakan sebilah parang dalam kejadian pada jam 8.10 malam di tingkat satu sebuah kedai telekomunikasi di Seremban Gateway, di sini, pada 14 April lalu.
Berikutan itu, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, yang sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat.
Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan dilakukan tertuduh adalah serius dan keluarga mangsa juga berada dalam ketakutan selepas kejadian itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?
- Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta
- Kenapa Mahathir Bela Ismail Sabri Dalam Kes RM170 Juta
Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
Peguam Thayalan Moorthy yang mewakili Suresh memohon jaminan rendah terhadapnya yang bekerja sebagai pengurus tapak dengan pendapatan RM3,000 sebulan dan mempunyai tiga anak.
Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan tidak menganggu saksi pendakwaan dan mangsa sehingga kes selesai, melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan dan menyerahkan pasport antarabangsa.
Mahkamah juga menetapkan 19 Mei depan untuk sebutan semula kes.
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki parah selepas diserang sekumpulan lelaki dipercayai terbabit dalam aktiviti gangsterisme.
Mangsa dilibas berulang kali dengan parang oleh seorang daripada suspek yang selamba melakukan jenayah itu di kawasan tumpuan orang ramai di pusat beli-belah yang turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan tular di media sosial.
Tetak lelaki dengan parang hingga cedera, pengurus tapak didakwa di mahkamah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
You must be logged in to post a comment.